Bahasa Malaysia | English

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan dua (2) skim jaminan iaitu Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK) dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (SJPSI) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang telah diumumkan dalam Bajet 2009 bagi membolehkan syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapat akses kepada kemudahan-kemudahan pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan.

Kejayaan SJMK telah membawa kepada kewujudan skim-skim/insentif-insentif berikut yang diuruskan oleh SJPP:


Bajet 2010

  • RM3 bilion untuk Skim Jaminan Modal Kerja Rancangan Malaysia Ke-10 (RM10- SJMK)

SJMK, SJPSI dan RM10 SJMK telah ditutup sepenuhnya dan telah memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi negara.


Bajet 2015

  • RM5 bilion untuk Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan (SJSP) untuk PKS dalam sektor perkhidmatan
  • RM2 bilion untuk Skim Jaminan Modal Kerja – Lanjutan (SJMK-Lanjutan)

Permohonan-permohonan untuk SJSP telah dibuka dari 1 April 2015, manakala SJMK-Lanjutan telah dibuka dari 1 Januari 2016 sehingga peruntukan untuk kedua-dua skim telah digunakan sepenuhnya.


Bajet 2017

  • Tempoh kedua-dua skim SJSP dan SJMK-Lanjutan telah dilanjutkan dari tahun 2020 hingga tahun 2025
  • RM200 juta untuk Skim Jaminan Modal Kerja-Start-Up (SJMK-SU) untuk PKS yang baru memulakan perniagaan
  • Pengumpulan dana sebanyak RM1 bilion (peruntukan RM100 juta untuk tempoh lima tahun) untuk rebat 2% ke atas kadar faedah/keuntungan yang dikenakan kepada peminjam-peminjam PKS di bawah skim SJPP yang berorientasikan eksport

Permohonan-permohonan untuk SJMK-SU dan rebat 2% bagi kadar faedah/keuntungan telah dibuka dari 1 Jun 2017 sehingga peruntukan untuk skim telah digunakan sepenuhnya


Bajet 2018

  • Peruntukan tambahan RM2 bilion untuk SJSP dan RM5 bilion untuk SJMK-Lanjutan
  • RM1 bilion untuk Skim Jaminan Proses Automasi (SJPA)
  • RM1.5 bilion untuk Skim Jaminan Harta Intelek (SJHI)

Permohonan-permohonan untuk SJPA dan SJHI dibuka dari 1 Januari 2018 sehingga peruntukan untuk kedua-dua skim telah digunakan sepenuhnya.


Tempoh semua skim jaminan telah dilanjutkan dari tahun 2025 hingga tahun 2030.