SJPP V2    

Bahasa Malaysia | English

The Rakyat Post

19 April 2015

IKS DIGESA MOHON SKIM JAMINAN

KUALA LUMPUR, 19 April: Perusahaan Kecil dan Sederhana digalakkan memohon kemudahan pembiayaan di bawah dua skim jaminan iaitu Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan (SJSP) dan Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir (SJPBB).

SJSP adalah untuk IKS dalam sektor perkhidmatan yang dijangka menyumbang lebih banyak kepada dagangan antarabangsa Malaysia, manakala SJPBB pula terbuka kepada kesemua IKS yang terjejas akibat banjir.

SJSP membolehkan IKS mempunyai akses kepada pembiayaan perbelanjaan modal kerja pada paras minimum RM100,000 dan sehingga RM5 juta bagi setiap syarikat.

Jaminan keseluruhan RM5 bilion diperuntukkan bagi tujuan berkenaan dan skim itu diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

SJPBB pula untuk membantu mewujudkan semula perniagaan IKS yang terjejas akibat banjir di kawasan bencana mengikut takrifan Majlis Keselamatan Negara.