Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Modal Kerja RMK10 (“SJMK RMK10”)
Had Skim RM3.0 Bilion sahaja, termasuk RM1.5 Bilion peruntukan kepada Syarikat Bumiputera sahaja
Objektif Untuk membantu syarikat-syarikat berdaya maju dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan dan seterusnya, merangsang pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10)
Syarat Kelayakan Terbuka kepada semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana daripada semua sektor yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan dana pemegang saham kurang daripada RM20.0 Juta
Had Pembiayaan Minimum: RM50,000.00 sahaja; dan

Maksimum: Agregat pembiayaan RM5.0 Juta untuk satu syarikat
Tujuan Pembiayaan Modal kerja (working capital) dan perbelanjaan modal (CAPEX) berkaitan dengan perniagaan sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi kewangan yang sama atau lain.

Institusi kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
Kadar Faedah/Kadar Keuntungan/Komisyen/Fi Akan ditentukan oleh institusi kewangan yang terlibat
Sumber Dana Oleh institusi kewangan yang terlibat
Jaminan Perlindungan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan berjumlah dari RM50,000 sehingga tidak melebihi pembiayaan berjumlah RM2.0 Juta yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat.

50% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan berjumlah dari RM2.0 Juta sehingga pembiayaan berjumlah RM5.0 Juta yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat
Yuran Jaminan 0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan Sehingga 5 tahun atau sehingga 31 Disember 2015, yang mana lebih awal

Untuk Syarikat Bumiputera, terbuka sehingga 5 tahun atau sehingga 31 Disember 2018, yang mana lebih awal
Tempoh Ketersediaan /Tempoh Permohonan Peruntukan untuk Syarikat Bumiputera dan Bukan Bumiputera telah digunakan sepenuhnya dan ditutup
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua bank-bank tempatan dan asing termasuk institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia