Bahasa Malaysia | English

Maklumat Am berkenaan SJMK RMK10

  • 1. Apakah itu Skim Jaminan Modal Kerja Rancangan Malaysia Ke-10 (“SJMK RMK10”)?

    Sebuah Skim Jaminan oleh Kerajaan Malaysia dengan had sebanyak RM3.0 billion untuk membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana ("PKS") mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan dari institusi kewangan. Kerajaan Malaysia akan menjamin 70 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan oleh institusi kewangan yang terlibat.
  • 2. Bilakah SJMK RMK10 bermula?

    Kelulusan pembiayaan untuk peruntukan Bumiputera dan Bukan Bumiputera kini ditutup.
  • 3. Siapakah yang layak memohon SJMK RMK10?

    Kriteria untuk syarikat-syarikat yang layak adalah seperti berikut:

    i. Syarikat PKS Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang berdaya maju (permohonan untuk PKS Bukan Bumiputera telah ditutup);

    ii. Diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965;

    iii. Sekurang-kurangnya 51 peratus saham dipegang oleh warganegara Malaysia untuk sepanjang tempoh SJMK RMK10;

    iv. Jumlah ekuiti pegangan saham tidak melebihi RM20 juta berdasarkan laporan kewangan beraudit selewat-lewatnya 18 bulan dari tarikh permohonan pembiayaan.

  • 4. Apakah itu syarikat PKS?

    Seperti definisi baharu syarikat PKS oleh SME Corp. iaitu:

    • Sektor pengilangan, jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja.

    • Sektor perkhidmatan dan lain-lain, jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja.

  • 5. Dimanakah PKS boleh memohon SJMK RMK10?

    Semua bank-bank komersil, bank-bank islam dan institusi-institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia
  • 6. Adakah jaminan tersebut terikat dengan Kerajaan Malaysia?

    Ya. Mengikut peruntukan Seksyen 14 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).
  • 7. Adakah syarikat-syarikat yang pernah atau sedang menikmati lain-lain Skim Jaminan SJPP daripada institusi kewangan yang sama atau yang berlainan boleh memohon SJMK RMK10?

    Ya. Tertakluk kepada kelulusan institusi kewangan dan SJPP. Jumlah agregat pembiayaan semasa dibawah skim jaminan SJPP haruslah tidak melebihi RM5.0 juta.
  • 8. Adakah syarikat boleh memohon pembiayaan dibawah SJMK RMK10 ini terus kepada SJPP?

    Tidak. Permohonan haruslah dikemukakan melalui institusi kewangan yang terlibat.
  • 9. Bolehkah institusi kewangan menolak permohonan pembiayaan syarikat dibawah dibawah SJMK RMK10?

    Boleh. Tertakluk kepada kelulusan institusi kewangan atau syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan dari masa ke semasa.
  • 10. Bolehkah SJPP menolak permohonan jaminan oleh institusi kewangan untuk pembiayaan yang telah diluluskan kepada syarikat dibawah SJMK RMK10?

    Boleh. Tertakluk kepada kelulusan SJPP atau syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh SJPP dari masa ke semasa.
  • 11. Bolehkah syarikat memohon pembiayaan dibawah SJMK RMK10 untuk membeli hartanah, kenderaan atau saham-saham syarikat (pengambilalihan syarikat)?

    Tidak boleh. Perlindungan jaminan hanyalah untuk pembiayaan dengan tujuan modal kerja dan pembelian aset berkaitan perniagaan sahaja.