Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Modal Kerja (“SJMK”)
Objektif Untuk membantu syarikat-syarikat permulaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) daripada semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Had Skim RM17.5 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan sehingga tamat tempoh Skim)
Kelayakan Terbuka kepada semua syarikat-syarikat PKS daripada semua sektor dan diperbadankan di bawah Akta Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 dan / atau Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian Liability Terhad 2012, Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak serta Badan Berkanun yang menyediakan perkhidmatan profesional dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia.

(Rujukan kepada garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dimana jualan tidak melebihi RM20 juta (perkhidmatan dan sektor lain)/ RM50 juta (pembuatan), ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang (perkhidmatan dan sektor lain)/ 200 orang (pembuatan)
Tujuan Pembiayaan Kemudahan ini boleh digunakan untuk Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang sama atau lain.

Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
Jaminan Perlindungan Jaminan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah / keuntungan) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Yuran Jaminan 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Had Pembiayaan Minimum: RM100,000.00 sahaja
Maksimum: RM10.0 juta sahaja
Tempoh Jaminan Selama tujuh belas tahun (17 tahun) atau sehingga 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
Kadar Faedah / Keuntungan Ditentukan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Jenis Pembiayaan Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf / Aliran Tunai Perniagaan-I, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua Bank Komersil, Bank Islam dan Institusi Pembangunan Kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia
Sumber Dana Daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Ketersediaan / Tempoh Permohonan Jaminan Dibuka dari 1 Januari 2016 dan selepas penggunaan penuh had Skim sehingga Ringgit Malaysia Tujuh Belas Bilion dan Lima Ratus Juta (RM17.5 bilion) sahaja atau sehingga tamat tempoh Jaminan pada 31 Disember 2035, yang mana lebih awal