Bahasa Malaysia | English

Nama Skim Skim Jaminan Modal Kerja – Lanjutan (“SJMK - Lanjutan”)
Objektif Untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Had Skim RM7.0 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan sehingga tamat tempoh Skim)
Kelayakan Terbuka kepada syarikat-syarikat PKS daripada semua sektor dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan / atau Akta Syarikat 2016 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan ekuiti pemegang saham kurang daripada RM20.0 juta
Tujuan Pembiayaan Kemudahan ini boleh digunakan untuk Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat yang sama atau lain.

Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
Jaminan Perlindungan Jaminan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Yuran Jaminan 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Had Pembiayaan Minimum: RM100,000.00 sahaja

Maksimum: RM5.0 juta sahaja
Tempoh Jaminan Selama 13 tahun atau sehingga 31 Disember 2030, yang mana lebih awal
Kadar Faedah / Keuntungan Ditentukan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Jenis Pembiayaan Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf / Aliran Tunai Perniagaan-i dan Pembiayaan Perdagangan
Institusi Kewangan Yang Terlibat Terbuka kepada semua Bank Komersil, Bank Islam dan Institusi Pembangunan Kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia
Sumber Dana Daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Ketersediaan / Tempoh Permohonan Jaminan Dibuka dari 1 Januari 2016 dan selepas penggunaan penuh had Skim sehingga Ringgit Malaysia Tujuh Bilion (RM7.0 bilion) sahaja atau sehingga tamat tempoh Jaminan pada 31 Disember 2030, yang mana lebih awal