Bahasa Malaysia | English

i.  Mesti termasuk dalam definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

*Garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dimana untuk semua sektor dengan definisi yang berikut:
  • Jualan daripada RM300,000 dan tidak melebihi RM20 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja bagi sektor perkhidmatan dan lain-lain sektor
  • Jualan daripada RM300,000 dan tidak melebihi RM50 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja untuk sektor pembuatan
ii. Syarikat-Syarikat Permulaan (StartUp) sendirian berhad yang dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan / atau Akta Syarikat 2016, Pemilikan Tunggal atau Perkongsian untuk sepanjang tempoh SJMK-SU
iii. Bagi perniagaan yang berdaya maju (viable) - telah beroperasi selama minimum enam (6) bulan dan maksimum dua (2) tahun.