Bahasa Malaysia | English

Nama Pembiayaan 2 peratus Rebat Kadar Faedah/Keuntungan untuk pembiayaan dibawah skim-skim Skim Jaminan Modal Kerja (“SJMK”), Skim Jaminan Modal Kerja – StartUp (“SJMK-SU”), Skim Jaminan Modal Kerja – Bumiputera (“SJMK-Bumi”) dan Skim Jaminan Process Automasi (“SJPA”)
Objektif Memberi bantuan kewangan kepada PKS yang layak terlibat di dalam aktiviti eksport sahaja di mana kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membayar 2% rebat kadar faedah/keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diberi oleh institusi kewangan yang menyertai skim-skim.
Had Rebat keseluruhan Rebat dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul RM 1 bilion untuk tempoh lima tahun
Kelayakan Syarikat-syarikat PKS berorientasi eksport (sekurang-kurangnya 50% dari perolehan adalah untuk eksport) dan diperbadankan di bawah Akta Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 dan / atau Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian Liability Terhad 2012, Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak serta Badan Berkanun yang menyediakan perkhidmatan profesional dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia

(Rujukan kepada garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dimana jualan tidak melebihi RM20 juta (perkhidmatan dan sektor lain)/ RM50 juta (pembuatan), ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang (perkhidmatan dan sektor lain)/ 200 orang (pembuatan)
Tempoh Kelayakan Rebat Kadar Faedah/Keuntungan
  • Untuk 5 tahun daripada tarikh pembayaran pertama atau sehingga kemudahan pembiayaan dibayar dengan sepenuhnya / ditamatkan / pembiayaan ditamatkan disebabkan oleh tiada penggunaan pembiayaan, yang mana lebih dahulu.
  • PKS boleh mendapatkan pembiayaan bagi suatu tempoh melebihi 5 tahun, Walau bagaimanapun tiada bayaran rebet 2% akan dibayar selepas tarikh luput 5 tahun pembiayaan.
  • Pembiayaan pinjaman tidak berbayar tidak akan layak mendapat rebat 2%. Walau bagaimanapun, rebat 2% akan dikembalikan pada bulan semasa penyusunan/pembayaran semula pembiayaan.
Pengecualian cukai Rebat kadar faedah/keuntungan disediakan adalah dikecualikan daripada cukai.
Institusi Kewangan Terbuka kepada semua bank-bank komersil, bank-bank islam dan institusi-institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia yang menyertai skim-skim SJMK, SJMK-SU, SJMK-Bumi dan SJPA
Kaedah bayaran balik rebat Institusi kewangan yang menyertai skim-skim akan mengemukakan permohonan pembayaran balik rebat secara bulanan kepada SJPP untuk tujuan pembayaran
Tempoh Pembayaran Pembayaran dibuka bagi tempoh lima (5) tahun bermula dari 1 Januari 2019 atau sehingga had rebat keseluruhan habis digunakan, yang mana lebih awal