Agrobank dan SJPP Meterai Perjanjian Bantu Usahawan Pulih Depani Pandemik COVID-19 Di Bawah Skim Jaminan Kerajaan Keluarga Malaysia

Bernama Malay

25 January 2022

Agrobank dan SJPP Meterai Perjanjian Bantu Usahawan Pulih Depani Pandemik COVID-19 Di Bawah Skim Jaminan Kerajaan Keluarga Malaysia


Surat Tawaran bagi inisiatif ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi (kedua dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi SJPP, Juanita Rusmini Abdul Jalil (kedua dari kiri), disaksikanPresiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (ketiga dari kanan) dan Pegawai Utama SJPP, Chen Yin Heng (ketiga dari kiri) serta delegasi pengurusan kanan Agrobank dan SJPP.

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Agrobank dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) memeterai perjanjian bagi membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana (MSC), untuk pulih dan membangun lebih kukuh dalam fasa pemulihan semasa di bawah Skim Jaminan Kerajaan Keluarga Malaysia.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, skim pembiayaan itu dibuka kepada kumpulan sasaran yang lebih luas iaitu kumpulan PKS dan MSC di Malaysia yang mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi RM250 juta.

 

(Web source: https://www.bernama.com/bm/press/news.php?id=2046356)