News Coverage

Parliamentary Reply

Tuan Yang di-Pertua,

1. Izinkan saya menjawab soalan ahli Yang Berhormat Jerantut bersama-sama dengan soalan ahli-ahli Yang Berhormat Parit Sulong, Bandar Tun Razak, Shah Alam, Lenggong, Kepong, Kulai, Rantau Panjang, Kuala Langat, Libaran, Alor Gajah, Gelang Patah, Rembau dan Kinabatangan yang dijadualkan dijawab pada 15 Jun 2009 serta pada 16, 17, dan 18 Jun 2009 kerana menyentuh mengenai perkara dan isu yang sama, iaitu berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Full text of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's speech for the SJPP signing ceremony

1. Pertamanya, ingin saya menyatakan rasa syukur Alhamdullillah, kerana kita dapat berkumpul di dalam Dewan Perdana ini, di dalam suasana ekonomi negara yang masih stabil meskipun badai dan gelora sedang melanda sistem ekonomi dunia. Kini, kita berdepan dengan krisis ekonomi global yang impaknya adalah lebih meluas dan mendalam, yang terbit dari krisis kewangan sub prima di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007. Kali ini bahang kemelut ekonomi global dirasakan bukan hanya di satu-satu kawasan atau negara, tetapi di seluruh dunia. Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara besar di Eropah, Jepun dan negara-negara yang selama ini menjadi tunjang ekonomi dunia turut terjerumus ke dalam krisis yang semakin meruncing. Ianya telah memaksa mereka bertungkus lumus berusaha bagi mengelakkan daripada berlakunya kemelesetan ekonomi. Para pemimpin negara anggota G20, yang terdiri daripada negara-negara ekonomi terbesar dunia, baru-baru ini telah bersetuju untuk bekerjasama dan akan membelanjakan lebih Satu Trillion Dolar Amerika bagi memastikan krisis ekonomi global tidak menjadi lebih parah.

Full text of Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)'s Director, En. Fazlur Rahman Ebrahim

Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana  Menteri atas kesudian beliau melapangkan masa untuk hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Pembiayaan Penstrukturan Semula Industri pada petang ini. Dalam masa yang sama, kami rasa masih belum terlambat untuk kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam baru-baru ini.

Hati-hati Lulus Dana

PUTRAJAYA: Institusi kewangan diingatkan jangan memberikan pembiayaan sewenang-wenangnya melalui Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri bernilai RM10 bilion yang diperuntukkan kerajaan dalam pakej rangsangan kedua.

Banking sector to benefit from package

THE RM60bil second economic stimulus package announced on March 10 contained two government guarantee schemes to encourage bank lending, particularly to small and medium-scale enterprises (SMEs). The two are: the RM5bil Working Capital Guarantee Scheme (WCGS), and the RM5bil Industry Restructuring Loan Guarantee Fund Scheme (IRLGFS).

Prokhas Tadbir dan Urus 2 Skim Jaminan

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Prokhas Sdn Bhd, Syarikat Perantara Kegunaan Khas (SPV) milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) akan mentadbir dan menguruskan dua skim jaminan yang diumumkan di bawah pakej rangsangan kedua semalam. Skim-skim itu ialah Skim Jaminan Modal Kerja bernilai RM5 bilion dan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri, juga bernilai RM5 bilion, kata Prokhas dalam satu kenyataan.