Belanjawan 2026: Ekosistem industri halal diperkasa, pembiayaan PMKS ditambah

Buletin TV3

10 October 2025

Belanjawan 2026: Ekosistem industri halal diperkasa, pembiayaan PMKS ditambah

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI memberi jaminan untuk memperkasa ekosistem industri halal secara menyeluruh merangkumi peruntukan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta mempercepat urusan pengeluaran sijil halal.

Bagi tujuan itu, beberapa inisiatif diperkenalkan, antaranya SME Bank akan menawarkan pembiayaan khusus dengan dana RM100 juta kepada PMKS halal.

Selain itu, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) meningkatkan jaminan kerajaan bagi pembiayaan PKS halal sehingga RM2 bilion berbanding RM1 bilion sebelum ini.

Dalam pada itu, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus berperanan mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, manakala Halal Development Corporation menggalakkan pematuhan halal dalam kalangan syarikat.

Inisiatif berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrhaim ketika membentangkan Belanjawan 2026, hari ini.

 

(Web Source: https://www.buletintv3.my/nasional/belanjawan-2026-ekosistem-industri-halal-diperkasa-pembiayaan-pmks-ditambah/)