Skim Jaminan Modal Kerja – Start Up (SJMK-SU)

- Had Skim :
RM200 juta
- Tempoh Jaminan:
Sehingga 15 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
- Tempoh Permohonan Jaminan:
Dibuka dari 1 Jun 2017 dan ditutup selepas penggunaan penuh had Skim sehingga RM200 juta sahaja atau sehingga tamat tempoh jaminan pada 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
- Tujuan Pembiayaan:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
- Had Pembiayaan:
Minimum: RM50,000 sahaja
Maksimum: RM500,000 sahaja
- Jaminan Perlindungan:
Jaminan 70% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan:
0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Sumber Dana:
Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Ditetapkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat