Skim Jaminan Modal Kerja - Wanita (SJMK-W)

Image
  • Had Skim
    RM500 juta
  • Tempoh Jaminan
    Selama 15 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
  • Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka dari 1 Februari 2020 dan ditutup selepas penggunaan penuh had Skim sehingga RM500 juta sahaja atau sehingga tamat tempoh jaminan pada 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
  • Tujuan Pembiayaan
    • Modal Kerja
    • Perbelanjaan Modal

    Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
  • Jenis Pembiayaan
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM100,000.00 sahaja
    Maksimum: RM1.0 juta sahaja
  • Jaminan Perlindungan
    Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan
    0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Sumber Dana
    Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Kadar Faedah/ Keuntungan
    Ditetapkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat

 

Peminjam-peminjam SJPP yang layak juga akan menikmati rebat 2% pada kadar faedah/ keuntungan yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat. Tempoh sah adalah sehingga tahun 2022.