Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRF)

  • Had Skim:
    RM2.0 bilion
  • Tempoh Jaminan:
    Tempoh pembayaran semula tidak melebihi 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium untuk ansuran bulanan
  • Tempoh Permohonan Jaminan:
    Dibuka dari 1 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021, atau had peruntukan skim berjumlah RM2.0 bilion habis diguna pakai, yang mana lebih awal.
  • Tujuan Pembiayaan:
    Modal Kerja sahaja

    Skim ini tidak boleh diguna pakai untuk pembiayaan semula (refinancing) bagi pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain
  • Kelayakan:
    PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas apabila kerajaan melaksanakan Pengenalan Semula Langkah Kawalan akibat pandemik COVID-19 sejak Jun 2020 (kecuali sektor dan subsektor pelancongan) seperti:
    1. Perkhidmatan persendirian (contohnya pembaikan komputer, pembaikan barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan);
    2. Aktiviti perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B);
    3. Perkhidmatan Kesihatan dan Kerja Sosial;
    4. Seni, Hiburan dan Rekreasi;
    5. Perniagaan secara borong dan runcit; dan
    6. Perkhidmatan perniagaan (contohnya perkhidmatan Kepakaran, Saintifik dan Teknikal; Pentadbiran dan Aktiviti Perkhidmatan Sokongan)

    *Dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia (Rujukan kepada garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia)
    Penerima-penerima Skim Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Pembiayaan PKS PENJANA (PSF) layak untuk memohon TRF sehingga RM500,000 bagi setiap PKS
  • Jenis Pembiayaan:
    Pinjaman Bertempoh/ Pinjaman Bertempoh-i, Kemudahan Overdraft/ Aliran Tunai Perniagaan-i, dan Pembiayaan Perdagangan/ Perdagangan-i.
  • Had Pembiayaan:
    Untuk PKS: Sehingga RM500,000 sahaja
    Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro: Sehingga RM75,000 sahaja

    Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM10.0 juta untuk semua skim jaminan SJPP, termasuk pembiayaan ini, ATAU, jika peminjam telah mendapat kelulusan Skim Jaminan Kerajaan – Prihatin (GGS – Prihatin), tidak melebihi RM20.0 juta untuk semua skim jaminan yang diuruskan oleh SJPP, termasuk pembiayaan skim ini.

    Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat dibawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan) dan penjamin berkait.

    Perkara di atas terpakai untuk syarikat-syarikat bersekutu PKS dengan pemegang saham yang sama (common shareholder) iaitu >20% pegangan saham.
  • Jaminan Perlindungan:
    • Untuk PKS – Jaminan sehingga 80%
    • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro - Jaminan sehingga 90%
    Di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan:
    0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
  • Kadar Faedah/ Keuntungan:
    Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan SJPP)

 

Skim SME Automation and Digitalisation Facility (ADF)

  • Objektif
    Untuk memberi insentif kepada syarikat-syarikat PKS mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti
  • Had Skim
    RM300 juta (dengan pengunaan Jaminan secara tidak berputar sehingga tamat tempoh Skim)
  • Tempoh Jaminan
    Sehingga 10 tahun
  • Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka dari 6 Mac 2020 sehingga had sumber dana habis digunakan atau sehingga tamat pada 30 Jun 2021, yang mana lebih awal
  • Tujuan Pembiayaan
    Membeli kelengkapan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak ketara lain untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan

    Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
  • Jenis Pembiayaan
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh sahaja
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM75,000.00 sahaja
    Maksimum: RM3.0 juta sahaja
  • Jaminan Perlindungan
    Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan
    0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Sumber Dana
    Bank Negara Malaysia melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Kadar Faedah/ Keuntungan
    Sehingga 4.0% setiap tahun termasuk yuran jaminan SJPP

 

Skim Agrofood Facility (AF)
 

  • Objektif
    Untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan untuk eksport
  • Had Skim
    RM1.0 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara tidak berputar sehingga tamat tempoh Skim)
  • Tempoh Jaminan
    Sehingga 8 tahun
  • Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka dari 6 Mac 2020 sehingga had sumber dana habis digunakan atau sehingga tamat pada 30 Jun 2021, yang mana lebih awal
  • Tujuan Pembiayaan
    • Modal Kerja
    • Perbelanjaan Modal
    • Projek agro makanan

    Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
  • Jenis Pembiayaan
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM75,000.00 sahaja
    Maksimum: RM5.0 juta sahaja
  • Jaminan Perlindungan
    Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan
    0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Sumber Dana
    Bank Negara Malaysia melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Kadar Faedah/ Keuntungan
    Sehingga 3.75% setiap tahun termasuk yuran jaminan SJPP