Terma-terma - 2% Rebat Kadar Faedah/ Keuntungan
Image
  • Nama Insentif:
    2 peratus Rebat Kadar Faedah/ Keuntungan untuk pembiayaan dibawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK), Skim Jaminan Modal Kerja – Start Up (SJMK-SU), Skim Jaminan Modal Kerja – Bumiputera (SJMK-B), Skim Jaminan Modal Kerja – Eksport (SJMK-X), Skim Jaminan Modal Kerja – Wanita (SJMK-W), Skim Jaminan Automasi dan Digital (SJAD) dan Skim Jaminan Kerajaan PRIHATIN (GGS Prihatin)
  • Objektif:
    Memberi bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat PKS yang layak dan terlibat di dalam aktiviti eksport sahaja di mana Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membayar 2% rebat kadar faedah/ keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Had Rebat keseluruhan:
    Rebat dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul RM 1 bilion untuk tempoh 5 tahun
  • Kelayakan:
    Syarikat-syarikat PKS* yang:
    • Berorientasikan eksport (sekurang-kurangnya 50% dari perolehan adalah untuk eksport)
    • Diperbadankan di bawah:
      1. Akta Perniagaan 1956;
      2. Akta Syarikat 1965 dan/ atau Akta Syarikat 2016;
      3. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
      4. Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak; atau
      5. Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional;
    • Dan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia
    *Rujukan kepada garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
  • Tempoh Kelayakan Rebat Kadar Faedah/ Keuntungan:
    • Untuk 5 tahun daripada tarikh pembayaran pertama atau sehingga kemudahan pembiayaan dibayar dengan sepenuhnya/ ditamatkan/ pembiayaan ditamatkan disebabkan oleh tiada penggunaan pembiayaan, yang mana lebih dahulu
    • PKS boleh mendapatkan pembiayaan bagi suatu tempoh melebihi 5 tahun, Walau bagaimanapun tiada bayaran rebat 2% akan dibayar selepas tarikh luput 5 tahun pembiayaan
    • Pembiayaan pinjaman tidak berbayar tidak akan layak mendapat rebat 2%. Walau bagaimanapun, rebat 2% akan dikembalikan pada bulan semasa penyusunan/ pembayaran semula pembiayaan
  • Pengecualian cukai:
    Rebat kadar faedah/ keuntungan disediakan adalah dikecualikan daripada cukai
  • Institusi-institusi kewangan terlibat:
    Terbuka kepada semua bank-bank komersil, bank-bank islam dan institusi-institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia yang menyertai skim-skim SJMK, SJMK-SU, SJMK-B, SJMK-X, SJMK-W, SJAD dan GGS Prihatin
  • Kaedah bayaran balik rebat:
    Institusi-institusi kewangan yang terlibat akan mengemukakan permohonan pembayaran balik rebat secara bulanan kepada SJPP untuk tujuan pembayaran
  • Tempoh Pembayaran:
    Pembayaran dibuka bagi tempoh lima (5) tahun bermula dari 1 Jun 2017 atau sehingga had rebat keseluruhan habis digunakan, yang mana lebih awal