Free Malaysia Today
18 October 2024
Apa ada dalam Belanjawan 2025
Antara yang diumumkan penyasaran subsidi RON95 dan gaji minimum.
Belanjawan 2025 peruntuk RM335 bilion bagi perbelanjaan operasi, manakala RM86 bilion untuk pembangunan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025, dengan peruntukan berjumlah RM421 bilion.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan RM27.2 bilion berbanding RM393.8 bilion diperuntuk tahun lalu dan kali pertama belanjawan melebihi RM400 bilion.
Sebanyak RM335 bilion, atau 79.6%, diperuntuk bagi perbelanjaan operasi, manakala RM86 bilion untuk pembangunan.
Berikut antara butiran Belanjawan 2025 dibentangkan Anwar di Parlimen:
- Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9%, ketimbang 4.2% suku pertama.
- Pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2% – terendah sejak Januari 2020.
- Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9% setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2%.
- KDNK 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8% hingga 5.3%; ketimbang antara 4% ke 5% sebelumnya.
- Kerajaan yakin ekonomi berkembang kukuh tahun depan, antara 4.5% hingga 5.5%.
- Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada RM322 bilion ketimbang RM308 bilion.
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada RM340 bilion.
- Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan
- asas mulai 1 Mei depan. Barangan bukan keperluan asas seperti barang premium diimport seperti ikan salmon serta avocado dikenakan cukai.
- Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
- Cadang memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2% ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh
- pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Pertimbangan akan diberi bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB, dan pendapatan dividen dari luar negara.
- Cadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.
- RM27 juta untuk MyCC terus memecahkan penguasaan kartel.
- Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega. Tumpuan pada projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian.
- Peruntukan pembangunan RM6.7 bilion untuk Sabah.
- Peruntukan pembangunan RM5.9 bilion untuk Sarawak.
- Pemberian khas untuk Sarawak dan Sabah naik sekali ganda kepada RM600 juta.
- Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta.
- RM200 juta untuk Jabatan Audit Negara, yang akan audit hampir 2,000 syarikat dan entiti yang terima peruntukan dan jaminan kerajaan.
- Bentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian, khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak.
- Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan bagi mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, pemajakan bukan bank dan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’.
- RM25 juta disediakan kepada STAR bagi memperluas Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi di semua agensi kerajaan.
- Bentuk saluran berpusat di UTC bagi membantu rakyat susah untuk memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.
- Sistem iPayment yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai platform bayaran tanpa tunai akan digunakan di semua kaunter Kerajaan bermula 2025.
- RM600 juta untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman, dan perkampungan Orang Asli.
- Operasi pejabat luar negara dipindahkan ke Pejabat Canseri atau digabungkan dengan pejabat berdekatan bagi menjimatkan kos lantas mengoptimumkan sumber.
- Teliti ruang dan bangunan kosong milik agensi kerajaan, GLIC dan GLC agar sumber yang tidak digunakan ini akan dimanfaat untuk tujuan prasekolah, taska, dan pusat latihan kemahiran.
- RUU Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber.
- Agensi Keselamatan Siber Negara akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.
- JPS dan PBT dibenar untuk melaksanakan perolehan sehingga RM1 juta melalui kaedah sebut harga atau secara undian dalam kalangan kontraktor G1 hingga G3 berdaftar, bagi memastikan pelaksanaan segera kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang dan parit.
- RM10 juta bagi melaksanakan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.
- Perkenal Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang menumpukan aktiviti bernilai tinggi.
- Galakan cukai bagi peningkatan eksport diperluas kepada aktiviti reka bentuk litar bersepadu.
- Potongan cukai khas diberikan kepada universiti swasta dan institut latihan kemahiran swasta yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital, AI, robotik, internet kebendaan (internet of things), sains data, teknologi kewangan (fintech), dan teknologi mampan.
- Perkenal Ikhtiar Ketahanan Rantaian Bekalan bagi mengukuhkan rantaian bekalan tempatan dan ekosistem sektor utama.
- Perbelanjaan perusahaan multinasional (MNE) sehingga RM2 juta setahun diberi potongan cukai dua kali untuk tempoh 3 tahun berturut-turut.
- MNE atau pembekalnya yang membuat pelaburan usaha sama dengan pembekal tempatan lain diberi potongan cukai ke atas jumlah pelaburan dibuat.
- Pembekal tempatan yang terlibat dalam Ikhtiar Ketahanan Rantaian Bekalan akan diberi pakej insentif cukai yang bersesuaian berasaskan keberhasilan.
- Dana padanan pelaburan lebih RM100 juta disediakan melalui platform pendanaan awam ekuiti untuk pengembangan pembekal tempatan dalam sektor E&E, kimia khusus dan peranti perubatan.
- Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
- Kaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik.
- RM200 juta disediakan meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) bagi menyokong pertumbuhan PKS dan syarikat pertengahan.
- GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP akan meningkatkan pelaburan langsung dalam negara berjumlah RM120 bilion bagi tempoh 5 tahun dengan RM25 bilion ringgit dilaburkan tahun hadapan.
- Cadang pinda Akta Pembangunan Mineral selain memulakan pemetaan potensi sumber REE.
- National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana RM1 bilion, untuk menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga.
- KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan RM1 bilion ringgit untuk menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan.
- RM65 juta ringgut untuk Cradle Fund bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.
- Proses kelulusan aliran dana rentas sempadan di bawah Dasar Pentadbiran Pertukaran Asing kini dimudah cara dan boleh dibuat berdasarkan jumlah saiz mandat dana.
- RM40 juta disediakan di bawah Matrade sebagai geran bayaran balik bagi membantu pengeksport mempromosi produk dan perkhidmatan buatan Malaysia.
- Cadang supaya syarikat logistik yang menjalankan aktiviti kompleks logistik pintar diberi elaun cukai pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun.
- RM110 juta disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan.
- Semua kementerian dan jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti, hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan yang boleh mengetengahkan kehalusan, keunikan, dan keaslian hasil tangan anak tempatan.
- Lebih RM300 juta ringgit disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara.
- Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga RM2,400 akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta.
- Skop pelepasan cukai bagi pembelian pengecas kenderaan elektrik diperluas meliputi pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah sehingga tahun taksiran 2027.
- Perkenalkan Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga menjelang tahun 2026.
- Cadang pinda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara bagi memperluas sumber sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Negara serta memperketat kawalan tatakelola pengeluaran dana.
- Insentif berjumlah RM27 juta kepada petani dan penternak untuk meningkatkan ternakan lembu pedaging, ruminan kecil kambing pedaging, kambing tenusu dan bebiri serta pengeluaran bawang tempatan.
- RM65 juta bagi membangunkan pengairan dan saliran jelapang padi serta meluaskan estet padi Felcra di Sabah dan Sarawak.
- 78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan, dan insentif untuk pesawah dan nelayan.
- Peruntukan Felda, Felcra, dan Risda naik kepada RM2.6 bilion.
- Cadang menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150 manakala bagi Sabah dan Sarawak kepada RM3,650.
- Struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah disemak semula mulai 1 November 2024.
- Layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak kekal.
- Insentif RM100 juta kepada pekebun kecil menanam semula sawit bagi menggantikan sawit tua yang tidak lagi produktif.
- Program Galakan Pengeluaran Lateks Pekebun Kecil di bawah Risda akan dilaksanakan secara geran padanan RM60 juta.
- Ladang getah milik persendirian yang terbiar diusahakan semula dengan peruntukan RM20 juta – dilaksanakan melalui pendekatan pajakan tanah dan bahagi keuntungan.
- Juruaudit halal Jakim akan ditambah sebanyak 100 orang bagi mempercepat urusan pengeluaran sijil halal.
- Sistem MYeHALAL ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan SME Bank menawarkan pembiayaan khusus kepada PMKS halal dengan dana tersedia hampir RM600 juta.
- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad sedia jamin sehingga 80% pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan sehingga RM1 bilion.
- Pinjaman bersaiz mikro tersedia sehingga RM3.2 bilion, antaranya oleh Tekun dan BSN bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina, serta Bumiputera.
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad sedia dana pembiayaan RM6.4 bilion antaranya bagi menyokong pembiayaan sektor pembangunan infrastruktur, digitalisasi, pelancongan, logistik dan pengangkutan serta tenaga boleh baharu dan peralihan.
- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad akan terus menjamin pembiayaan PKS sehingga RM20 bilion, termasuk jaminan RM5 bilion khas untuk PKS Bumiputera.
- BNM sedia dana pinjaman PKS RM3.8 bilion antaranya bagi menyokong usahawan untuk beralih ke arah digital dan automasi.
- RM130 juta khusus untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.
- Cadang had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan kepada RM100,000 mulai 1 Januari.
- RM800 juta pembiayaan di bawah Mara dan PUNB tersedia untuk usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan.
- Peruntukkan RM1.3 bilion untuk perkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera.
- RM200 juta disediakan untuk Skim CAKNA 2 bagi menyokong aliran tunai kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil kerajaan bernilai sehingga RM1.5 juta.
- RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).
- 1 juta penerima STR kategori isi rumah akan terima SARA sebanyak RM100 sebulan.
- Kategori bujang akan menerima STR RM600.
- Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600.
- Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan.
- Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin naik kepada RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah.
- Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin naik kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun.
- Peruntukan Program Payung Rahmah naik kepada RM300 juta.
- Jualan Rahmah akan diperhebat bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan.
- Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.
- Kadar gaji minimum naik kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari.
- Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos.
- Dasar Gaji Progresif akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun depan.
- KWSP sedang kaji skim bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat.
- Cadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP. Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa.
- Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion.
- RM2 bilion untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.
- MR1 bilion bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah.
- 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.
- Bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.
- Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530.
- Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM18 bilion.
- RM635 juta untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan meluas capaian internet di semua universiti awam.
- Majikan akan diberi kebenaran untuk menggunakan sehingga 50% dana HRDCorp bagi tujuan membiayai kemudahan latihan kemahiran termasuk kos peralatan dan ubah suai fasiliti latihan.
- Majikan yang mengambil OKU dan bekas banduan bekerja akan diberi insentif sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah seliaan Perkeso.
- Kementerian Kesihatan menerima peruntukan RM45.3 bilion.
- 35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan.
- RM300 juta untuk naik taraf klinik-klinik daif seluruh negara.
- Cadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari sebanyak 40 sen seliter.
- Cadang memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan, dan kit ujian pengesanan penyakit.
- Ikhtiar Rakan KKM akan diperkenalkan melibatkan kerjasama GLIC bagi menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan berbayar pada kadar berpatutan kepada pesakit.
- Penyumberluaran akan diteruskan melibatkan Institut Jantung Negara bagi pesakit jantung dari kalangan pesara kerajaan yang berumur 65 tahun dan ke atas.
- Dasar offtake atau perolehan khusus daripada syarikat yang membuat pelaburan domestik baharu untuk mengeluarkan produk farmaseutikal dan peranti perubatan kritikal.
- Pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000.
- Pelepasan cukai individu sehingga RM5,000 diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.
- Pas Bulanan My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna Lembah Klang menggunakan bas dan rel Prasarana.
- Prasarana akan sedia kemudahan van untuk anak anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala.
- Tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY.
- 8 bilion disediakan untuk menyelenggara jalan persekutuan.
- 5 bilion dana MARRIS disediakan untuk jalan negeri.
- Cadang beri potongan cukai tambahan sebanyak 50% bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.
- Potongan cukai tambahan 50% ke atas perbelanjaan kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan pengaturan kerja fleksibel.
- Potongan cukai tambahan 50% bagi kemudahan cuti penjagaan tambahan berbayar oleh majikan sehingga 12 bulan kepada pekerja yang menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya.
- Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta ke pada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah.
- Dasar Peluang Kedua diperluas kepada syarikat-syarikat yang telah dibankrapkan.
- Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.
- RM15 juta disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan bawah 13.
- Kementerian Dalam Negeri menerima peruntukan RM19.5 bilion.
- Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.2 bilion.
- Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu.
- Selaras SSPA, pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing.
(Web Source: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/10/18/anwar-bentang-belanjawan-2025-pada-4-petang/)