Belanjawan 2025: Juruaudit halal JAKIM akan ditambah 100 orang lagi

Utusan TV

18 October 2024

Belanjawan 2025: Juruaudit halal JAKIM akan ditambah 100 orang lagi

JURUADUIT halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan ditambah seramai 100 orang lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif  itu adalah satu daripada langkah untuk mempercepat urusan pengeluaran sijil halal.

Jelas beliau, sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.

“Hampir keseluruhan negara dunia mengiktiraf pensijilan halal Malaysia.

“Usaha sama JAKIM, HDC dan MATRADE harus dilipatgandakan dalam memperkukuh industri halal negara dan menyokong syarikat halal tempatan.

“Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan SME Bank menawarkan pembiayaan khusus kepada PMKS halal dengan dana tersedia hampir RM600 juta ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) juga sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan sehingga 1 bilion ringgit.

Katanya, MATRADE ditugaskan untuk memacu perkembangan kapasiti lebih banyak perusahaan halal supaya lebih berdaya saing dengan peruntukan RM20 juta.

 

(Web Source: https://utusantv.com/2024/10/18/belanjawan-2025-juruaudit-halal-jakim-akan-ditambah-100-orang-lagi/)