Inti pati Belanjawan 2025

Harian Metro

18 October 2024

Inti pati Belanjawan 2025

ANWAR ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Berikut ialah inti pati Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, hari ini.

Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', adalah belanjawan ketiga yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Inti pati Belanjawan 2025

  • Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awam
  • Semua golongan dapat manfaaat
  • Subsidi, bantuan sosial
  • Belanjawan 2025 dijangka bernilai RM421 bilion
  • Reformasi sistem pencen penjawat awam

https://www.youtube.com/watch?v=gBmqZmdnzgk

 PENJAWAT AWAM

  • Lebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam
  • pelarasan pencen dilaksanakan secara berfasa termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia
  • Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah
  • Menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gaji
  • PM sendiri tidak terima gaji

KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN/URUSAN SEMPADAN NEGARA

  • Lebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN
  • Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilionringgit
  • Sejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negara
  • Sebanyak 63 negara menggunakan sistem pagar automatik di KLIA

ORANG ASLI/PELUANG KEDUA/SYIAR ISLAM

  • Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgit
  • Dasar Peluang Kedua beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrap
  • peruntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgit
  • Lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbutterima sumbangan khas 500 ringgit

KANAK-KANAK/WARGA EMAS/: ORANG KURANG UPAYA

  • 11 Pusat PERMATA baharu dibina bagi pusat didikan anak autistik
  • Peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan cecah 1 bilion ringgit
  • Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit
  • Kerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU

PENGANGKUTAN AWAM/GOLONGAN WANITA/ANAK MUDA

  • Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih
  • Tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi
  • Cadang potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja
  • Program Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgit
  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit

RUMAH KEDIAMAN RAKYAT

  • Hampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat
  • Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara
  • Kampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit
  • 180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan

PENJAGAAN KESIHATAN

  • 35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan
  • Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula
  • Peruntukan kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit

PEMERKASAAN TVET

  • geran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"
  • PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatih
  • HRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihan
  • Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth)
  • GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig

PENDIDIKAN ARUS PERDANA/PENDIDIKAN TINGGI

  • Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit
  • 2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara
  • Peruntukan 870 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  • Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakan
  • Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit

PENDAPATAN RAKYAT/PERLINDUNGAN SOSIAL

  • Kadar gaji minimum dinaikkan daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025
  • 250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR
  • Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan
  • Skim Perlindungan Tenang
  • diteruskan dengan kerjasama Bank Negara

KOS SARA HIDUP RAKYAT

  • 1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan
  • Kategori bujang akan menerima STR 600 ringgit
  • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan
  • Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit

https://www.youtube.com/watch?v=x8JoxP6tiXQ

BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN/TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA

  • 40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan
  • 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARAdan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera
  • 3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera
  • 200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2

DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM/PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL

  • Sejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu
  • SJPP sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal sehingga 1 bilion ringgit

PERALIHAN TENAGA/PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAM

  • e-Rebat sehingga 70 juta ringgit galakkan beli kelengkapan elektrik cekap tenaga
  • Syarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgit
  • Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskan
  • Kerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

  • Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan
  • Sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO

SYARIKAT MULA NIAGA

  • National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgit
  • KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan
  • Cradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global

KESELAMATAN SIBER/MUSIBAH DAN BENCANA

  • Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan 20 juta ringgit
  • Rang Undangundang Keselamatan Dalam Talian akan digubal
  • Peruntukan hampir 600 juta ringgit disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit

SEJATI MADANI

  • Peruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI
  • 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli;
  • 200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI
  • 100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET
  • 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara

PERANGI RASUAH

  • Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit
  • Sejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit

ANGGARAN PERBELANJAAN 2025

  • Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit
  • Bukan masanya melaksanakan projek mega
  • Menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963

PENYASARAN SUBSIDI

  • Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025
  • Penyasaran Subsidi Pendidikan dan Kesihatan
  • KPDN dan JKDM disediakan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan wang rakyat

KUTIPAN HASIL

  • Pada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilion
  • Kerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit

TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG

  • Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit
  • langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil olehKerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten

PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI

  • Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertama
  • Pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020
  • Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus
  • Kerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkan
  • Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia

 

(Web Source: https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145912/inti-pati-belanjawan-2025)