Kerajaan bantu PKS atasi isu tarif AS

Selangor TV

5 May 2025

Kerajaan bantu PKS atasi isu tarif AS

Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan berjumlah RM1 bilion menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu pengeksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) susulan isu tarif Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga akan menambah dana pembiayaan mudah sebanyak RM500 juta melalui institusi pembangunan kewangan untuk manfaat usahawan PKS yang terjejas.

#tarif #sjpp #pks #MediaSelangor

 

(Web Source: https://selangortv.my/kerajaan-bantu-pks-atasi-isu-tarif-as/)