Harapan Daily
13 October 2023
Pemerkasaan PMKS dengan peruntukan RM44 bilion
Pemerkasaan perniagaan mikro kecil, sederhana (PMKS) pula dibuat menerusi kemudahan pinjaman perniagaan bernilai RM44 bilion.
Dana untuk perniagaan mikro dan kecil ialah RM2.4 bilion dan dari jumlah tersebut RM1.4 bilion boleh dimohon menerusi skim pinjaman mikro BSN.
Sebanyak RM330 juta diperuntukkan di bawah Tekum Masional dan sebanyak RM30 juta dikhaskan untuk pembiayaan perniagaan masyarakat India. RM720 juta pula dikhaskan untuk golongan wanita dan belia.
RM600 juta dikhususkan untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan keterjaminan makanan.
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) pula menjamin sehingga 80 peratus pinjaman usahawan PKS khususnya yang terlibat dalam bidang ekonomi hijau, teknologi dan halal dengan ketersediaan dana jaminan sehingga RM20 bilion.
Bagi menyokong fungsi Amanah Ikhtiar Malaysia yang berupaya membasmi kemiskinan, Kerajaan Perpaduan menyediakan peruntukan pembiayaan sebanyak RM100 juta.
Pengukuhan daya saing industri mikro kecil dan sederhana dirancang dengan peruntukan RM100 juta sebagai geran pendigitalan yang akan dimanfaatkan oleh 20,000 pengusaha PMKS.
RM900 juta pula diperuntukan sebagai dana pinjaman di bawah BNM untuk menggalakkan syarikat PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.
RM40 juta disediakan bagi melaksanakan Program Shop Malaysia Online
Kerajaan bercadang untuk mengurangkan tempoh syarikat dibenarkan menuntut elaun modal ke atas perbelanjaan pembelian peralatan ICT serta pakej perisian komputer kepada 3 tahun ketimbang 4 tahun mulai tahun taksiran 2024.
(Web Source: https://harapandaily.com/pemerkasaan-pmks-dengan-peruntukan-rm44-bilion/)