Terkini: Belanjawan 2025

Harian Metro

18 Oktober 2024

Terkini: Belanjawan 2025

ANWAR ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2025 yang bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera, hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', di Parlimen hari ini.

Ia belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan.

Inti pati Belanjawan 2025

  • Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awam
  • Semua golongan dapat manfaaat
  • Subsidi, bantuan sosial
  • Belanjawan 2025 dijangka bernilai RM421 bilion
  • Reformasi sistem pencen penjawat awam

Ikuti sorotan langsung Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar seperti berikut:

PENJAWAT AWAM

  • Lebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam
  • pelarasan pencen dilaksanakan secara berfasa termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia
  • Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah
  • Menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gaji
  • PM sendiri tidak terima gaji
  • Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji.
  • Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan diberi Februari 2025
  • Selaras dengan SSPA, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada 500 ringgit sebulan ketimbang 300 ringgit pada masa ini
  • Lebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera

KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN/URUSAN SEMPADAN NEGARA

  • Lebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN
  • Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgit
  • Sejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negara
  • Sebanyak 63 negara menggunakan sistem pagar automatik di KLIA
  • Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar. Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara 55 ringgit hingga 65 ringgit kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan tertentu
  • Sejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negara
  • Kerajaan akan terus memastikan kesiagaan penuh Angkatan Tentera Malaysia dengan 5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu
  • Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgit, bertambah 1.4 bilion ringgit
  • Lebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah selain mengekang anasir permusuhan yang memecahbelahkan rakyat
  • Kementerian Dalam Negeri menerima peruntukan 19.5 bilion ringgit, menokok sebanyak 500 juta ringgit
  • Hampir 40 juta ringgit turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia
  • Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada 65 juta ringgit bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan
  • Terkait hal yang sama, 50 juta ringgit dana bantuan turut disediakan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di seluruh negara
  • Baru-baru ini juga, Selangor Red Giants telah bergelar juara dunia bagi e-Sports World Cup. Kerajaan bersetuju menyediakan 20 juta ringgit untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan
  • Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan 1 juta ringgit kepada pembangunan sukan kriket
  • Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, 15 juta ringgit disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain

ORANG ASLI/PELUANG KEDUA/SYIAR ISLAM

  • Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgit
  • Dasar Peluang Kedua beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrap
  • peruntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgit
  • Lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbutterima sumbangan khas 500 ringgit
  • Menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit
  • Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgit
  • Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgit ketimbang 330 juta ringgit. Ini termasuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli melalui projek pembangunan semula ladang Orang Asli seluruh negara

KANAK-KANAK/WARGA EMAS/: ORANG KURANG UPAYA

  • 11 Pusat PERMATA baharu dibina bagi pusat didikan anak autistik
  • Peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan cecah 1 bilion ringgit
  • Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit
  • Kerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU
  • Syarat kelayakan gaji bagi menerima Bantuan Elaun Pekerja OKU akan ditingkatkan kepada 1,700 ringgit ketimbang 1,500 ringgit
  • Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit ketimbang 1.2 bilion
  • Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah 1 bilion ringgit. Ini bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti
  • Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada 6,000 ringgit ketimbang 4,000 ringgit
  • Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan 5 juta ringgit
  • Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak – ini bakal memanfaat 30 ribu anak autisme dengan dana 15 juta ringgit
  • Elaun Murid Berkeperluan Khas 150 ringgit sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110 ribu murid OKU termasuk murid autisme melibatkan peruntukan 200 juta ringgit
  • 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik. Ini termasuklah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak

PENGANGKUTAN AWAM/GOLONGAN WANITA/ANAK MUDA

  • Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih
  • Tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi
  • Cadang potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja
  • Program Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgit
  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit
  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit untuk terus menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan
  • Program Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgit untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri
  • Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan 50 juta ringgit kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah. PDRM dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan
  • Sejumlah 470 juta ringgit dana pembiayaan disediakan oleh SME Bank, BSN, Bank Rakyat dan MARA dalam menyokong PMKS wanita mendapatkan modal kerja, membeli aset dan seterusnya meningkatkan kapasiti perniagaan ke tahap lebih tinggi
  • Kerajaan bercadang memberikan potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja
  • Kerajaan juga bersetuju memberikan tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY
  • Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala. Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di LRT Sri Rampai dan LRT Melati
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jugadengan dana 120 juta ringgit bersetuju untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA
  • Digital Nasional Berhad (DNB) telah diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia

RUMAH KEDIAMAN RAKYAT

  • Hampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat
  • Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara
  • Kampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit
  • 180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan
  • Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir 2.9 bilion ringgit
  • Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga 7,000 ringgit ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan seperti berikut: Pelepasan cukai sehingga 7,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga 500 ribu ringgit; Pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi 500 ribu hingga 750 ribu ringgit
  • 180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan bagi meningkatkan tahap keselamatan
  • Usaha menangani isu malpemakanan dalam kalangan anak-anak di PPR Lembah Klang diperhebat melalui projek rintis yang turut dibiayai bersama Pertubuhan Kanak-kanak Sedunia dengan peruntukan 5 juta ringgit. Program Anak Kita terus diperkasa dengan peruntukan 30 juta ringgit sebagai ikhtiar bersepadu menangani isu keciciran 80 ribu anak-anak. Yayasan Hasanah juga menelusuri isu keciciran termasuk menarik minat anak-anak menceburi bidang TVET
  • Kampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit antaranya untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti. KPKT juga diberi tanggungjawab untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India
  • 48 buah Taman Awam MADANI dinaik taraf meliputi kawasan rekreasi serta landskap serba indah di bandar dan pekan kecil dengan peruntukan hampir 100 juta ringgit
  • Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit
  • Kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina, kepada maksimum 90 ribu ringgit. Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum 20 ribu ringgit
  • SJKP telah luluskan 12.8 bilion ringgit Jaminan Kerajaan kepada lebih 57 ribu pembeli rumah pertama
  • Hampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah. 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memanfaat hampir 17,500 penghuni baharu
  • Kerajaan MADANI meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat

PENJAGAAN KESIHATAN

  • 35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan
  • Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula
  • Peruntukan kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit
  • Kerajaan telah menubuhkan sebuah Tabung Penyakit Jarang Jumpa. Tahun hadapan: Peruntukan bagi menampung kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit; Skim Mysalam juga diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis; Sumbangan ke dalam Tabung Penyakit Jarang Jumpa juga layak mendapat potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar
  • Sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, 27 juta ringgit disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara
  • Bagi menyokong gerakan War on Sugar, Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter
  • Kerajaan juga terus menaik taraf klinik-klinik daif seluruh negara. Di bawah MADANI, peruntukan bagi maksud ini ditingkatkan setiap tahun iaitu 100 juta ringgit (2023), 150 juta ringgit (2024) dan 300 juta ringgit untuk tahun hadapan
  • Keutamaan Kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti, selesa dan mesra rakyat. Sejumlah 1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang

PEMERKASAAN TVET

  • geran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"
  • PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatih
  • HRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihan
  • Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth)
  • GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig
  • GiatMARA dan kolej komuniti disediakan 55 juta ringgit bagi 5 tahun untuk mengupaya 10 ribu anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran
  • Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan 11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti semikonduktor
  • HRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihan
  • PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatih termasuk 100 juta ringgit khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa, AI
  • Geran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"
  • Kerajaan mengalu-alukan kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan
  • Selaras dengan Dasar TVET Negara, Kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada 7.5 bilion ringgit ketimbang 6.8 bilion ringgit
  • UiTM disediakan peruntukan tambahan 20 juta ringgit bagi melahirkan lebih ramai jurutera E&E mengambil kira pentingnya memastikan penyertaan Bumiputera dalam bidang semikonduktor sebagai sektor berpertumbuhan tinggi negara
  • Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi

PENDIDIKAN ARUS PERDANA/PENDIDIKAN TINGGI

  • Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit
  • 2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara
  • Peruntukan 870 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  • Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakan
  • Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit
  • Ke arah melahirkan graduan dengan kebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri, PTPTN menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah 500 juta ringgit khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA
  • Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit ketimbang 16.3 bilion tahun ini
  • Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada 180 juta ringgit ketimbang 150 juta ringgit tahun ini
  • Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT): 870 juta ringgit meningkat ketimbang 784 juta ringgit. RMT bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah
  • Hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. Tahun hadapan, 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan 5.3 bilion ringgit
  • Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan antaranya SK Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor; SMK Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor; SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah; SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah; dan SK Dudong, Sibu, Sarawak
  • 2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara; ia membabitkan 1 bilion ringgit khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur: Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU; dan 1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak
  • Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit, ketimbang 58.7 bilion ringgit tahun ini– peruntukan tertinggi dalam sejarah

PENDAPATAN RAKYAT/PERLINDUNGAN SOSIAL

  • Kadar gaji minimum dinaikkan daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025
  • 250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR
  • Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan
  • Skim Perlindungan Tenang
  • diteruskan dengan kerjasama Bank Negara
  • Kerajaan komited memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa. Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP. Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa
  • Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030
  • Ke arah negara menua, KWSP sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat
  • Program insurans sosial iaitu Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans dan takaful untuk manfaat sehingga 2 juta penerima STR. Mereka layak menuntut baucar 30 ringgit untuk membiayai sebahagian daripada kos membeli produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran dan banjir
  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan 100 juta ringgit. Ini sebagai persediaan ke arah penetapan caruman wajib sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu bekerja sendiri tahun hadapan. Syarikat pengendali juga diseru untuk menanggung baki caruman sebagai iltizam membela kebajikan pekerja
  • Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman Kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum
  • Bagi menggalak lebih ramai pekerja tidak formal dan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan, insentif padanan i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 20 peratus ketimbang 15 peratus, tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan 500 ringgit atau 5,000 seumur hidup
  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat
  • Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan 200 juta ringgit dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja
  • Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (2,290 ringgit), Jurutera Mekanikal (3,380 ringgit) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (2,985 ringgit)
  • Untuk itu, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025
  • Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025
  • Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada 4,000 ringgit
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia, yang pada masa ini diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036
  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga 10 ribu ringgit adalah juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama

KOS SARA HIDUP RAKYAT

  • 1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan
  • Kategori bujang akan menerima STR 600 ringgit
  • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan
  • Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit
  • 700 juta ringgit dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya
  • Ini meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada 300 juta ringgit, ketimbang 200 juta ringgit. Jualan Rahmah akan diperhebat bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan
  • Sejumlah 1 bilion ringgit disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas
  • Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang 1,100 sebulan. Dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan
  • Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit ketimbang 100 ringgit dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak 500 ringgit sebulan. Saya menyeru semua Kerajaan Negeri untuk turut menambahbaik Kadar Bantuan Am Negeri
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu: daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum 1,000 ringgit sekeluarga
  • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit sebulan ketimbang 500 ringgit sebulan
  • Penambahan peruntukan 3 bilion ringgit membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada 4,600 ringgit, ketimbang 3,700 ringgit
  • Kategori bujang akan menerima STR 600 ringgit
  • Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara
  • Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100-ringgit sebulan, ketimbang 700 ribu penerima tahun ini
  • Maka, untuk tahun 2025 kita akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada 13 bilion ringgit ketimbang 10 bilion ringgit. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara
  • Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan MADANI telah bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Ini hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan turut tidak mengabaikan keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar

BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN/TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA

  • 40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan
  • 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARAdan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera
  • 3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera
  • 200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2
  • Kerajaan bersetuju memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam
  • Tahun hadapan, 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan
  • Kerajaan mencadangkan had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan daripada 50 ribu ringgit kepada 100 ribu ringgit mulai 1 Januari 2025
  • Dana pinjaman PKS 3.8 bilion ringgit disediakan oleh BNM antaranya bagi menyokong usahawan untuk beralih ke arah digital dan automasi selain terus membantu sektor agromakanan dan amalan lestari
  • Kerajaan melalui SJPP akan terus menjamin pembiayaan PKS sehingga 20 bilion ringgit termasuk jaminan 5 bilion ringgit khas untuk PKS Bumiputera
  • Pinjaman bersaiz mikro tersedia sehingga 3.2 bilion ringgit, antaranya oleh TEKUN dan BSN bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina serta Bumiputera

DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM/PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL

  • Sejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu
  • SJPP sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal sehingga 1 bilion ringgit
  • Tahun hadapan, Wakaf MADANI terus diperkasa dengan penglibatan meluas agensi-agensi Kerajaan
  • Ke arah mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, juruaudit halal JAKIM akan ditambah sebanyak 100 orang lagi. Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi Kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform
  • Program i-TEKAD yang ditawarkan 13 bank dan 70 rakan pelaksana telah membantu lebih 8,000 usahawan mikro berpendapatan rendah
  • Sektor kewangan Islam perlu dipacu supaya lebih berdaya cipta. Sejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip 74 konvensional
  • Program Galakan Pengeluaran Lateks Pekebun Kecil di bawah RISDA akan dilaksanakan secara geran padanan 60 juta ringgit. Ini sebagai galakan pekebun kecil getah menghasil getah lateks bagi memenuhi keperluan industri
  • Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan FELDA, FELCRA dan RISDA kepada 2.6 bilion ringgit ketimbang 2.4 bilion ringgit
  • Sejumlah 2.78 bilion ringgit disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat ketimbang 2.6 bilion ringgit

PERALIHAN TENAGA/PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAM

  • e-Rebat sehingga 70 juta ringgit galakkan beli kelengkapan elektrik cekap tenaga
  • Syarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgit
  • Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskan
  • Kerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit
  • Projek Penanaman Padi 5 Musim 2 Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan melibatkan hampir 1 bilion ringgit dengan keluasan hampir 11 ribu hektar. Ini mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus selain melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus
  • Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok
  • 300 juta ringgit disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok ketimbang 150 juta tahun ini. Ini antaranya untuk menyokong pengeluaran bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan
  • Peranan orang asli dan veteran beruniform dalam membenteng kawasan hutan simpan kekal amat dihargai. Kerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit
  • Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia menjelang tahun 2026. Cukai ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon. Hasil daripada cukai ini akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau.
  • Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskan dengan peruntukan 10 juta ringgit
  • Kerangka insentif cukai EV sedia ada telah distruktur supaya selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan CKD. Pada masa ini, syarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgit bagi memenuhi permintaan rakyat
  • Ke arah Putrajaya bandar rendah karbon, ruang bumbung di laluan pejalan kaki sepanjang hampir 5 kilometer dan tempat parkir kereta akan dipasang solar untuk menjimatkan tenaga elektrik
  • e-Rebat sehingga 70 juta ringgit disediakan bagi menggalakkan pengguna dan industri membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga
  • Rencana NETR adalah untuk mengalihkan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050. Tahun hadapan, lebih 300 juta ringgit disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara, ketimbang 100 juta tahun ini

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

  • Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan
  • Sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO
  • Bagi menyokong penggiat kraf tangan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, Kerajaan menetapkan semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti, hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan yang boleh mengetengahkan kehalusan, keunikan dan keaslian hasil tangan anak tempatan untuk dikongsikan kepada semua. Sebagai contoh, beg dokumen yang saya gunakan hari ini ialah kerja seni tenunan songket hasil pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan
  • Bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, Khazanah menyediakan 600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. Ini termasuk membina jambatan bertingkat yang menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara
  • Sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO
  • Persiapan rapi dilakukan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan
  • Pemberdayaan PMKS akan terus diperhebat bagi menyokong usahawan tempatan menembusi pasaran eksport
  • Jumlah perdagangan bagi tempoh Januari-Ogos 2024 melonjak 10.2 peratus kepada 2.14 trilion ringgit. Kita meraih lebihan dagangan bagi 53 bulan berturut-turut sejak Mei 2020
  • Memorandum Persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) telah dimeterai pada Januari 2024 menandakan pencapaian besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura
  • Bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS dengan beralih ke arah pendigitalan: 50 juta ringgit disediakan sebagai Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah BSN untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran; 100 juta ringgit juga disediakan oleh SKMM untuk tempoh 5 tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian
  • Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) disediakan 10 juta ringgit bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri

SYARIKAT MULA NIAGA

  • National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgit
  • KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan
  • Cradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global
  • Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk. Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah 16.9 bilion dolar Amerika untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia AWS, Microsoft, Google dan Oracle. Ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau
  • Cradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global. Ini juga termasuk 15 juta ringgit geran padanan sebagai galakan untuk GLC bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat
  • KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan 200 juta khusus untuk 2025
  • National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgit. NFOF akan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan 300 juta ringgit disediakan untuk 2025
  • Kerajaan juga telah menyatakan kesediaan melaksanakan cukai minimum global (GMT) ke atas syarikat multinasional. Kendatipun GMT memberi hasil tambahan, masih terdapat risiko negatif terhadap iklim pelaburan. Dalam mengurangkan kesan GMT, Kerajaan komited untuk memperkemas insentif sedia ada, mewujudkan insentif bukan cukai baharu serta mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik
  • Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi

KESELAMATAN SIBER/MUSIBAH DAN BENCANA

  • Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan 20 juta ringgit
  • Rang Undangundang Keselamatan Dalam Talian akan digubal
  • Peruntukan hampir 600 juta ringgit disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit
  • Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit. Seterusnya, 12 projek RTB dengan kos 3 bilion ringgit telah dikeluarkan SST dan berjalan mengikut jadual antaranya melibatkan: RTB Sungai Damansara, Selangor; RTB Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah; RTB Sungai Triang, Bera, Pahang; RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus, Terengganu; dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2, Kota Bharu
  • Kita menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. Sebagai langkah segera, saya telah arahkan untuk penyaluran segera 150 juta ringgit kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan 
  • Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak
  • Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak
  • Transaksi mencurigakan lebih 380 juta ringgit berjaya disekat dalam membendung kes scam di Malaysia. Kendatipun demikian, isu scam masih dilihat parah dengan kes yang kian meningkat
  • Dalam transformasi digital, paksinya ialah MyDigital ID. Sepertimana kad pengenalan diri, MyDigital ID ialah Aplikasi Tunggal Kerajaan yang memusatkan semua agensi meliputi antaranya PADU, JPJ dan LHDN. Kerajaan terus berusaha meningkatkan kefungsian dan pengalaman pengguna MyDigital ID

SEJATI MADANI

  • Peruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI
  • 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli;
  • 200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI
  • 100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET
  • 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara
  • Tahun hadapan, ikhtiar Sejati MADANI bakal diperhebat dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas. Lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI. Universiti dan institusi TVET juga dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti. Syarikat-syarikat mega diseru untuk terlibat sama dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan. Peruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI meliputi:

Pertama: 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli; manakala jawatankuasa kampung yang akan memutuskan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada komuniti masing-masing.

Kedua: 200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara yang diterajui pengurusan kementerian dan jabatan.

Ketiga: 100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET memberi khidmat TVET seperti baik pulih rumah dan pendawaian elektrik kepada komuniti.

Keempat: 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara melalui pelbagai program sosioekonomi.

Kelima: Saya amat menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations dan United Plantations yang sudi untuk mengambil pekebun kecil sawit angkat yang berjiran dengan ladang mereka. Syarikat ini sedia menyediakan bantuan meliputi bekalan benih terkini dan baja terbaik serta pematuhan piawaian mampan.

  • Sejati MADANI sepertimana diumumkan bahawa setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara 50 ribu hingga 100 ribu ringgit. Pendekatan ini merupakan suatu anjakan bagi memperkasa rakyat akar umbi untuk memutuskan sendiri aktiviti ekonomi pilihan mereka. Kerajaan hanya bertindak memantau dan memberi galakan, seraya kekuatan adalah daripada akar umbi
  • Perkhidmatan Bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan 100 juta ringgit. Ini bagi memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang terpaksa menempuh perjalanan panjang untuk keluar

PERANGI RASUAH

  • Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit
  • Sejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit
  • Perkhidmatan kaunter-kaunter Kerajaan terus ditambah baik: Jabatan Pengangkutan Jalan telah mula menambah 1 jam waktu operasi di kaunter; Sebuah UTC akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang; Semua UTC juga akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan; Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI akan dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kiosk perkhidmatan Kerajaan di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah supaya rakyat bolehberurusan dengan Kerajaan di luar waktu pejabat
  • Tahun hadapan, 25 juta ringgit disediakan kepada STAR antaranya untuk bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi memperluas Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi di semua agensi 36 Kerajaan. Ini termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan untuk kemudahan rakyat, peniaga dan pelabur
  • "Follow The Public Money Audit". Akta Audit telah dipinda untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa menyemak dan mengaudit pengurusan dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan Kerajaan. Sejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit. Ini sesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan
  • Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman
  • Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit

ANGGARAN PERBELANJAAN 2025

  • Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit
  • Bukan masanya melaksanakan projek mega
  • Menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963
  • Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit. Saya memuji kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan bagi pembinaan projek
  • Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos 253 juta ringgit
  • Kerajaan telah memuktamad empat pakej kerja Sabah Sarawak Link-Road (SSLR) Fasa 2 bernilai 7.4 bilion ringgit. Dua pakej sudah dianugerahkan, manakala baki pakej sebelum hujung tahun
  • Sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak 9.7 bilion ringgit. Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau. Sementara, Pan Borneo Sarawak dijangka siap November 2024. Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak 25.1 bilion ringgit
  • Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada 300 juta ringgit ketimbang 16 juta (Sarawak) dan 125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada 600 juta ringgit
  • Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing 6.7 bilion ringgit dan 5.9 bilion ringgit
  • Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963. Maka tidak harus dipertikai sebab Sabah Sarawak diberi perhatian khusus. Jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih
  • Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega. Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri

PENYASARAN SUBSIDI

  • Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025
  • Penyasaran Subsidi Pendidikan dan Kesihatan
  • KPDN dan JKDM disediakan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan wang rakyat
  • Penyasaran subsidi seumpama ini akan turut melibatkan kesihatan awam. Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital Kerajaan. Penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam
  • Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar
  • Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, umpamanya purata yuran
  • pengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi ialah 3,000 ringgit ketimbang kos keseluruhan pengajian berjumlah 30 ribu ringgit. Subsidi ini diberikan tanpa mengambil kira pendapatan keluarga
  • Matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk membantu murid cemerlang dan dari keluarga susah serta pedalaman mendapatkan pendidikan terbaik. Subsidi bagi seorang murid SBP mencecah 15 ribu ringgit setahun. Namun, berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi
  • Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak
  • Namun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat
  • Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah 2 ringgit 5 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (5 ringgit 85 sen), Indonesia (3 ringgit 38 sen), Singapura (9 ringgit 2 sen) dan Arab Saudi (2 ringgit 66 sen). Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah 20 bilion ringgit
  • Kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai 8 bilion ringgit. Seyogia diperingatkan bahawa dana 8 bilion ringgit ini lebih baik dimanfaatkan
  • Subsidi dari segi prinsip sepertimana juga sedekah tidak sewajarnya diambil manfaat oleh golongan maha kaya. Selama ini, kita membelanjakan subsidi secara pukal untuk bahan api, elektrik, air, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan hatta barangan asas seperti ayam. Pastinya pendekatan sedemikian tidak munasabah tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah

KUTIPAN HASIL

  • Pada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilion
  • Kerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit
  • Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan Kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara
  • Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi 100 ribu ringgit yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya 19 bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit

 

TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG

  • Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit
  • langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil olehKerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten
  • Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan. Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan
  • Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan FI
  • Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado
  • Bagi maksud menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam
  • Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka, langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu: daripada 5.5 peratus (2022); kepada 5 peratus (2023); seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024); dan unjuran 3.8 peratus (2025)
  • Kerajaan MADANI mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada 1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK. Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah 1.5 trilion ringgit atau 80 peratus KDNK. Bagi setiap seringgit pungutan cukai, 16 sen perlu dibelanja hanya untuk membayar faedah hutang; dan ini tidak termasuk hutang pokok
  • Justeru, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) telah menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal

PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI

  • Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertama
  • Pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020
  • Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus
  • Kerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkan
  • Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia
  • Tahun hadapan, kita yakin ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025
  • Prestasi ekonomi mengatasi jangkaan, sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit; menggambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI. Dengan itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus; ketimbang antara 4 ke 5 peratus sebelumnya. Malah, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.9 peratus, ketimbang 4.3 peratus April lalu
  • Sejarah tercipta tahun ini apabila nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi melepasi 2 trilion ringgit selain Indeks Bursa FBM KLCI kembali melepasi 1,600 mata
  • Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia. Kesungguhan semua pihak berjaya mengukuhkan ringgit 14.4 peratus ketimbang dolar Amerika dalam suku ketiga 2024; pencapaian terbaik sejak tahun 1973
  • Kita mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkan. Bagi separuh pertama 2024, kita berjaya meraih pelaburan diluluskan 160 bilion ringgit, melonjak ketimbang 135.6 bilion ringgit
  • Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus. Namun, kita tidak berganjak dalam hal meredakan kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat
  • Belanjawan Madani Ketiga 2025 tercerna daripada usaha gigih perencana setelah ambil kira tantangan, ketidaktentuan global yang semakin mengganas
  • Belanjawan Madani Ketiga 2025 tercerna ambil kira tantangan serta ketidaktentuan global yang semakin mengganas

 

(Web Source: https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145726/terkini-belanjawan-2025)