Bernama Malay
24 Februari 2023
Belanjawan 2023 positif untuk pacu kemampanan OGSE – MPRC
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Belanjawan 2023 akan membantu 2,009 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dangas (OGSE) dalam usaha mereka ke arah kemampanan sambil mewujudkan persekitaran yang menyokong pemulihan mereka dalam jangka pendek, kataPerbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC).
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Yazid Ja’afar berkata agensi itu mengalu-alukan inisiatif dalam belanjawan, sepertibantuan kewangan kira-kira RM10 bilion daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengurangkan beban kewangan PKS dan menyokong pertumbuhanperniagaan.
Beliau berkata MPRC turut mengalu-alukan inisiatif yang mana jaminan pinjaman sehingga RM20 bilion untuk bidang-bidang tumpuan PKS, termasuk sektorteknologi tinggi daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
“Ini boleh menangani beberapa isu paling mendesak yang dihadapi oleh PKS OGSE,” katanya dalam reaksi kepada Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh PerdanaMenteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
SJPP mentadbir dan menguruskan skim jaminan kredit di bawah Kementerian Kewangan.
Mohd Yazid berkata jaminan pinjaman untuk PKS berteknologi tinggi juga boleh memanfaatkan syarikat OGSE yang meneroka perniagaan baharu berkaitan peralihantenaga, justeru, boleh merangkumi tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian karbon rendah seperti hidrogen.
“Beberapa pendekatan prolifik untuk pengurusan bakat termasuk percubaan kerajaan untuk menyelaraskan kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasionalasing bagi menyediakan peluang perantisan di negara tuan rumah yang mana biasiswa turut disediakan.
“Ini sejajar dengan salah satu inisiatif bakat dalam Rangka Tindakan OGSE, iaitu program pengekalan pekerja mahir,” katanya.
-- BERNAMA
(Web source: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2167565 )