Skim Jaminan Modal Kerja RMK10 (SJMK RMK10)
Image
  • Nama Skim:
    Skim Jaminan Modal Kerja RMK10 (SJMK RMK10)
  • Had Skim:
    RM3.0 Bilion sahaja, termasuk RM1.5 Bilion peruntukan kepada Syarikat Bumiputera sahaja
  • Objektif
    Untuk membantu syarikat-syarikat berdaya maju dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan dan seterusnya, merangsang pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10)
  • Syarat Kelayakan:
    Terbuka kepada semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana daripada semua sektor yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan dana pemegang saham kurang daripada RM20.0 Juta
  • Had Pembiayaan:
    Minimum: RM50,000.00 sahaja; dan
    Maksimum: Agregat pembiayaan RM5.0 Juta untuk satu syarikat
  • Tujuan Pembiayaan:
    Modal kerja (working capital) dan perbelanjaan modal (CAPEX) berkaitan dengan perniagaan sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi kewangan yang sama atau lain.

    Institusi kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
  • Kadar Faedah/ Kadar Keuntungan/ Komisyen/ Fi:
    Akan ditentukan oleh institusi kewangan yang terlibat
  • Sumber Dana:
    Oleh institusi kewangan yang terlibat
  • Jaminan Perlindungan:
    70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan berjumlah dari RM50,000 sehingga tidak melebihi pembiayaan berjumlah RM2.0 Juta yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat.

    50% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan berjumlah dari RM2.0 Juta sehingga pembiayaan berjumlah RM5.0 Juta yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan:
    0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan:
    Sehingga 5 tahun atau sehingga 31 Disember 2015, yang mana lebih awal

    Untuk Syarikat Bumiputera, terbuka sehingga 5 tahun atau sehingga 31 Disember 2018, yang mana lebih awal
  • Tempoh Ketersediaan/ Tempoh Permohonan:
    Peruntukan untuk Syarikat Bumiputera dan Bukan Bumiputera telah digunakan sepenuhnya dan ditutup
  • Institusi Kewangan Yang Terlibat:
    Terbuka kepada semua bank-bank tempatan dan asing termasuk institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia