Ghazco Energy Sdn Bhd
Image

Boleh kongsikan latarbelakang perniagaan anda?
Pada tahun 2018, saya dan rakan perniagaan saya iaitu Ariff Azlan Salahuddin membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dalam industri minyak dan gas (O&G) setelah perkhidmatan saya dalam salah sebuah syarikat minyak terbesar dunia ditamatkan akibat kemelesetan ekonomi.

“Kami bukan sahaja mempunyai pelanggan dari syarikat tempatan, malah terdapat juga pelanggan dari luar negara.’’

Boleh kongsikan perniagaan sejak 2018?
Saya rasa bersyukur kerana dalam tempoh 5 tahun, Ghazco berkembang dari segi saiz pejabat, kepelbagaian bisnes dari hanya aktiviti perniagaan dalam perdagangan dan menyediakan alat tukar ganti kepada menceburi bidang kejuruteraan serta fabrikasi. Kami bersyukur kerana perkembangan syarikat ini di sokong oleh pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan dan SJPP sendiri.

Selain itu, kami juga telah menceburi dalam sektor tenaga. Tenaga solar mempunyai permintaan yang tinggi dari pasaran.

Kini, kami sangat bersyukur kerana pelanggan mempercayai kami untuk menyediakan end-to-end product. Kami bukan sahaja mempunyai pelanggan dari syarikat tempatan, malah terdapat juga pelanggan dari luar negara, antaranya ialah dari Sepanyol dan negara-negara di Afrika.

Apakah cabaran dalam perniagaan anda?
Masa kami mulakan perniagaan ini, kami berusia agak muda ketika itu, iaitu 33 tahun. Kami cuba meyakinkan para pelanggan kami untuk membeli barangan dari Ghazco yang bernilai jutaan ringgit.

Untuk mendapat keyakinan dan kepercayaan pelanggan agak sukar, apatah lagi Ghazco masih dikira baru. Kelebihan kami ketika itu hanyalah gabungan pengalaman saya dan rakan niaga saya dalam industri. Apapun, kami berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Selain itu, cabaran sistem pembayaran daripada syarikat besar yang mendapat projek besar bernilai berbilion ringgit. Kemudian, syarikat besar ini akan memberikan sub-projek kepada syarikat-syarikat seperti Ghazco. Namun, untuk menyiapkan sub-projek ini, kami perlu mengeluarkan modal kami terlebih dahulu. Maksud saya di sini, ianya adalah berkaitan cabaran pusingan modal. Jika cabaran ini dapat di atasi, maka, lebih banyak peluang perniagaan boleh diterokai.

  Produk-produk Ghazco Energy

Apakah perancangan masa depan Ghazco?
Secara amnya, kami tidak mahu sumber pendapatan Ghazco hanya bergantung dari kejuruteraan dan O&G semata-mata. Sektor tenaga adalah fokus utama bagi fasa baharu modul perniagaan Ghazco.

Nasihat kepada bakal usahawan?
Mulakan dengan perancangan, buat seawal boleh dan lakukan dengan betul. Maksud saya lakukan dengan betul adalah, mendokumentasikan transaksi perniagaan dengan betul, laksanakan amanah dengan baik seperti membayar cukai perniagaan dan sebagainya. Lakukan dengan betul supaya anda tidak ada kesukaran pada masa depan.