Truelifesciences Sdn Bhd

Truelifesciences Sdn Bhd

Bagaimanakah anda memulakan perniagaan ini?
Saya memulakan kerjaya saya sebagai wakil jualan, menjual suplemen kepada farmasi di wilayah utara. Saya dinaikkan pangkat sebagai pengurus kawasan selepas 3 tahun meliputi lebih banyak negeri dan akhirnya menjadi pengurus jualan negara termuda untuk tempoh 6 tahun.

Kemudian, saya membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan pada tahun 2012 sebagai farmasi bebas.

Kami mula mengedarkan produk secara eksklusif hanya kepada farmasi bebas. Pada masa yang sama, kami juga melancarkan produk mengikut keutamaan/permintaan farmasi.

Apakah kekuatan syarikat anda?
Kami memberi nasihat dan penjelasan yang teliti untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kami mengutamakan kualiti produk dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, kami juga meminta maklum balas daripada pelanggan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami dengan tujuan untuk menghasilkan produk-produk yang lebih baik.

Syarikat kami akan melantik institusi kesihatan antarabangsa untuk menjalankan kajian klinikal ke atas produk kami untuk pengesahan bagi memastikan suplemen-suplemen tersebut adalah selamat untuk dimakan.

Kami juga akan melatih eksekutif jualan kami dan menugaskan setiap daripada mereka untuk mengendali dan fokus kepada produk tertentu. Pada masa ini, kami mengeksport produk kami ke Vietnam, Thailand, Singapura serta Nepal.

Apakah pengalaman anda ketika pandemik COVID-19?
Ketika pandemik, pelanggan-pelanggan hanya mencari produk imuniti sahaja. Kami terpaksa memberi tumpuan kepada rangkaian produk imuniti kami dan pada masa yang sama mendidik orang ramai mengenai cara untuk menjaga kesihatan melalui majalah kami sendiri.

Kami menyediakan templat untuk ahli farmasi untuk dikongsi kepada pelanggan mereka melalui platform komunikasi digital seperti ‘Whatsapp’ supaya pelanggan boleh membuat pertanyaan dan membeli produk dari sana.


Sepanjang tempoh Covid-19, kami menghadapi banyak pesaing-pesaing baru.

Kami perlu mengukuhkan jenama dan tahap keyakinan pelanggan dengan menjual produk yang berkesan untuk membezakan kami daripada yang lain.

Selain itu, platform digital juga digunakan untuk memasarkan produk kami di platform e-dagang seperti ‘Shopee’ dan ‘Lazada’ daripada penjual semula (‘reseller’) kami yang sah dan tulen.

Apakah nasihat anda kepada usahawan-usahawan baru?

Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pengedar untuk mempromosikan produk anda adalah cara yang paling berkesan untuk meningkatkan jenama anda. Perancangan kewangan adalah sama pentingnya dengan hasil jualan. Dapatkan pekerja yang berbakat untuk bekerja dengan anda apabila perniagaan anda berkembang.

Pekerja-pekerja anda adalah aset anda dan mereka hendaklah dilayan sama rata untuk memotivasikan mereka. Anda perlu ada perancangan yang betul dan mempunyai impian yang besar, tanamkan sasaran yang boleh dicapai.

Apakah rancangan masa depan untuk Truelifesciences Sdn Bhd?
Melihat kepada perniagaan semasa, anda perlu bekerjasama dengan syarikat lain untuk mengembangkan syarikat anda.

Pada masa ini, kami mempunyai usahasama dengan syarikat tersenarai untuk jenama baru iaitu Ancom Truelife untuk menyasarkan kepada pasaran massa.

Kami dalam perbincangan dengan syarikat Watson untuk menjual produk kami di kedai mereka tetapi di bawah jenama yang berlainan untuk pasaran massa.

Kami juga akan melabur sebahagian daripada keuntungan kami ke dalam penyelidikan dan pembangunan, bakat, penjenamaan dan pemasaran untuk pengembangan perniagaan.

   Encik Joe bersama pasukannya di pejabat.