Skim Agrofood Facility (AF)
Skim Agrofood Facility (AF) telah digunakan sepenuhnya, dan permohonan kini ditutup
- Objektif:
Untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan untuk eksport
- Had Skim:
RM1.0 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara tidak berputar sehingga tamat tempoh Skim)
- Tempoh Jaminan:
Sehingga 8 tahun
- Tempoh Permohonan Jaminan:
Dibuka dari 6 Mac 2020 sehingga had sumber dana habis digunakan atau sehingga tamat pada 31 Disember 2021, yang mana lebih awal
- Tujuan Pembiayaan:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
- Projek agro makanan
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan dan Kad Komersial
- Had Pembiayaan:
Minimum: RM75,000.00 sahaja
Maksimum: RM5.0 juta sahaja
- Jaminan Perlindungan:
Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan:
0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Sumber Dana:
Bank Negara Malaysia melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Sehingga 3.75% setiap tahun termasuk yuran jaminan SJPP