Permohonan Untuk Skim-Skim Jaminan Kerajaan
Permohonan lancar dan mudah, hubungi wakil perbankan anda!
- Syarikat-syarikat PKS memohon pembiayaan dari institusi-institusi kewangan yang terlibat
- SJPP tidak menyediakan pembiayaan atau kemudahan kredit
- Institusi-institusi kewangan akan menilai permohonan untuk kemudahan pembiayaan
- Institusi-institusi kewangan akan menyerahkan permohonan terus kepada SJPP sekiranya syarikat-syarikat PKS tidak mempunyai cagaran yang mencukupi
- SJPP akan melakukan proses penilaian permohonan-permohonan skim jaminan bagi tujuan kelulusan
- Bagi syarat-syarat tambahan/ keperluan akan dirujuk terus institusi-institusi kewangan dan seterusnya pada syarikat-syarikat PKS jika perlu
- Yuran jaminan akan dikenakan untuk jaminan perlindungan, yang perlu dibayar terlebih dahulu