Mengenai SJPP: Menyokong Perniagaan Malaysia dengan Skim Jaminan Kerajaan
Mengenai Kami
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) ialah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk mentadbir dan mengurus Skim-Skim Jaminan Kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Kedua Ekonomi yang diumumkan dalam Bajet 2009.
Skim-skim ini diperkenalkan untuk membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan akses yang lebih baik kepada kemudahan-kemudahan pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat, terutamanya peniaga yang bergelut dengan cagaran yang tidak mencukupi.
Peranan Kami
Memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap Skim-Skim Jaminan Kerajaan ini, Kerajaan Malaysia telah meneruskan usaha memberikan skim jaminan ini kepada syarikat dan perniagaan sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Malaysia semenjak tahun 2009.
SJPP bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab menguruskan skim-skim ini dan membolehkan institusi kewangan memperluaskan lebih banyak kemudahan pembiayaan kepada perniagaan yang layak.
Inisiatif ini menggalakkan bank untuk menawarkan kadar, terma dan syarat pembiayaan yang lebih baik dan menambah baik landskap pembiayaan perniagaan di Malaysia.
Dengan usaha ini, SJPP menjalinkan kerjasama lebih erat antara Kerajaan Malaysia, institusi kewangan dan institusi kewangan agar dapat memberikan penyelesaian alternatif kepada syarikat dan perniagaan yang menghadapi masalah cagaran.
Impak Kami
Selama bertahun-tahun, SJPP telah menjadi jambatan penting antara perniagaan Malaysia dan ekosistem kewangan. Ini membantu merapatkan jurang untuk memperolehi pembiayaan kewangan yang dihadapi oleh banyak syarikat yang berdaya maju.
Dengan memberikan akses kepada pembiayaan perniagaan, SJPP memperkasakan usahawan untuk berkembang, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
Inisiatif berterusan ini terus memperkukuh keyakinan perniagaan, menggalakkan pertumbuhan inklusif dan memastikan lebih banyak perniagaan mempunyai sokongan kewangan yang mereka perlukan untuk berkembang maju.

SJPP diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

