Boraombak Sdn Bhd

Bagaimanakah anda memulakan perniagaan ini?
Saya dan suami saya merupakan seorang pereka hiasan dalaman. Pada tahun 2005, kami memulakan perniagaan restoran dengan lokasi yang damai di Ampang yang dikelilingi oleh hutan dan pokok-pokok. Pada suatu hari, seorang kenalan kami berwarganegara Belanda bertanya kepada kami jika majlis perkahwinannya boleh diadakan di restoran kami. Beliau inginkan sebuah perkahwinan berkonsepkan taman, dan sangat tertarik dengan suasana, makanan dan perkhidmatan yang disediakan di restoren kami. Itulah saatnya kami memulakan trend restoran untuk majlis perkahwinan dengan suasana taman. Pada masa itu, kebanyakan majlis perkahwinan selalu diadakan di hotel-hotel atau dewan komuniti.

Apakah keunikan perniagaan anda?
Kami berusaha untuk memberikan pelanggan kami sebuah pengalaman dan suasana yang setanding dengan hotel-hotel bertaraf 5 bintang pada harga yang berpatutan. Selain itu, kami juga mempunyai ruang majlis perkahwinan dan resepsi dan akan sentiasa berusaha sebaik mungkin supaya perkahwinan impian pelanggan kami menjadi sebuah kenyataan.

Apakah pengalaman anda ketika pandemik COVID-19?
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan perkara yang sukar kerana dilaksanakan hampir serta-merta. Kami harus menyesuaikan diri dan perlu mematuhi SOP yang dikuatkuasakan. Kami memulakan perkhidmatan tempahan makanan dalam talian dan kami sangat beruntung kerana para pelanggan kami tetap setia dan sambutannya sangat baik.

Sudah tentu perkerja-pekerja kami sangat risau dengan pekerjaan mereka, namun mereka tetap memberikan komitmen, tambahan pula mereka telah lama bekerja dengan syarikat kami.

Kini, kami beroperasi seperti biasa dan kami mematuhi SOP yang ketat untuk keselamatan para pelanggan dan juga para pekerja. Tempahan untuk majlis perkahwinan kembali seperti biasa kerana kami yakin dapat melaksanakan penjarakan sosial yang mencukupi, amalan kebersihan yang baik dan pemeriksaan suhu yang wajib.

“Sentiasa tunaikan apa yang dijanjikan dan berikan komitmen sepenuhnya…”
   Boraombak terletak di Marina Putrajaya dengan dua kafe yang menghadapi tasik, ruang majlis perkahwinan dan ruang majlis resepsi


Apakah langkah seterusnya buat Boraombak?
Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga dan saya bertuah kerana mempunyai anak-anak yang turut terlibat dalam perniagaan ini kerana mereka lebih mahir dalam bidang teknologi dan sentiasa mengemaskinikan laman media sosial kami. Kami mahu terus berkhidmat supaya para pelanggan kami dapat menikmati pengalaman menjamu selera bertaraf hotel pada harga berpatutan. Itulah hasrat dan identiti kami.

Image