
Bolehkah anda berkongsi latar belakang syarikat?
Green Lagoon Technology atau lebih dikenali sebagai GLT, diasaskan oleh saya Chan Sow Keong bersama dengan 2 pengarah lain iaitu Encik Raymond Cheah dan Encik Cheh Koon Chee. Kami telah berkenalan lebih dari 20 tahun dan berkerjaya sebagai jurutera. Kami adalah bekas rakan sekerja di sebuah anak syarikat di Amerika Syarikat yang menumpu kepada pengurangan pelepasan karbon di Malaysia. Dalam syarikat itu, kami mengetahui bagaimana pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan daripada kilang kelapa sawit dan ladang ternakan. Dari situ, kami mendapat semangat untuk mengurangkan pemanasan global dan perubahan iklim untuk mengurangkan karbon di Malaysia.
Pada Mei 2010, kami menubuhkan GLT untuk fokus kepada projek Mekanisme Pembangunan Bersih untuk industri kilang kelapa sawit. Kami kemudian mengembangkan model perniagaan kami untuk menyediakan solusi bagi industri kilang kelapa sawit, mengewangkan biogas yang dikeluarkan daripada pengilangan kelapa sawit dengan menukarnya kepada tenaga boleh diperbaharui iaitu elektrik, yang akan digunakan oleh kilang kelapa sawit itu sendiri atau dijual kepada grid nasional di bawah program “Feed-in-Tariff”.
Apakah kekuatan syarikat anda dan apakah yang menjadikan produk anda unik?
Perniagaan kami di industri ini adalah khusus. Kami terlibat dalam Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian (EPCC), mengendali dan menyelenggara loji janakuasa biogas untuk industri pertanian, kilang minyak sawit dan pemprosesan makanan. Projek kami bukan sahaja secara langsung menghapuskan metana melalui pembakaran yang cekap, tetapi juga menggantikan tenaga bahan api fosil daripada kuasa yang dijana daripada enjin biogas.
Kebanyakan projek loji janakuasa biogas kami dibangunkan di kawasan luar bandar dalam ladang kelapa sawit di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Selangor. GLT mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, memberikan mereka pekerjaan teknikal yang boleh menjana ekonomi tempatan.
Kami sentiasa mencari peluang dalam industri ini yang memerlukan kepakaran kami daripada teknologi inovatif untuk membantu mereka menguruskan sisa mereka dengan lebih berkesan dengan menukar sisa tersebut kepada tenaga boleh diperbaharui dan memperoleh keuntungan. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.
![]() |
“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.’’
|
Bagaimana anda mempromosikan perniagaan anda?
Kami telah membina penjenamaan melalui rekod cemerlang dalam projek pembangunan loji janakuasa biogas di Malaysia dan Indonesia. Kami biasanya menyiarkan kemajuan projek, kisah kejayaan projek dan liputan media melalui laman web kami di www.glt.my serta di media sosial seperti “LinkedIn” dan “Facebook” kerana ia memperluaskan jangkauan kami dengan lebih berkesan dengan kos yang optimum. Kami dapat berhubung dengan pemain industri yang relevan, mengukuhkan rangkaian kami dengan pelanggan berpotensi, pakar industri dan penyedia teknologi yang boleh membawa kepada peluang kerjasama dan inovasi.
Kami juga memperluas rangkaian kami melalui persidangan antarabangsa, forum, dan pameran serta kerjasama dengan organisasi tersenarai awam dalam bidang berkaitan. Kami sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat Eropah yang berpotensi mengembangkan jenama syarikat kami ke benua lain melalui kerjasama kepakaran.
Selain itu, saya juga akan menerima jemputan temu bual bagi pihak GLT untuk mempromosikan dan meningkatkan reputasi syarikat kami kepada orang ramai.
![]() |
|
Salah satu projek yang telah disiapkan oleh GLT di Rompin |
Apakah cabaran yang anda hadapi dalam perniagaan ini?
Ketika kami memulakan perniagaan ini, pengilang minyak sawit, institusi kewangan, dan badan kawal selia, mempunyai pengetahuan yang terhad tentang biogas. Kami menghadapi kesukaran semasa memperkenalkan projek penukaran biogas kepada kuasa.
Perniagaan biogas memerlukan pelaburan modal yang besar. Kos pendahuluan yang tinggi diperlukan untuk membina loji biogas, membeli peralatan dan enjin, memastikan pematuhan terhadap peraturan adalah sukar. Cabaran utama yang kami hadapi adalah untuk mendapatkan pembiayaan yang mencukupi. Mencari pelabur swasta, pembiaya dan memohon geran Kerajaan untuk mendapatkan projek kami adalah amat sukar apabila tiada rujukan projek yang boleh kami tunjukkan.
Cabaran lain ialah memastikan bekalan bahan mentah yang boleh dipercayai dan mampan daripada pengilang minyak sawit atau pemilik ladang tempatan yang bekerjasama dengan kami. Ketersediaan bahan mentah adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kebolehlaksanaan projek berdasarkan lokasi, daya maju ekonomi dan potensi pulangan pelaburan. Kejayaan pengeluaran biogas kami banyak bergantung kepada ketersediaan dan konsistensi bahan organik, seperti efluen kilang kelapa sawit atau sisa haiwan.
Selain ketersediaan bahan mentah, kualitinya juga penting, kerana ia memberi kesan langsung kepada hasil pengeluaran biogas dan keuntungan.
Peningkatan kos juga merupakan salah satu cabaran biasa kerana ia akan menjejaskan keuntungan kami. Kami mengatasinya dengan penambahbaikan berterusan ke atas kecekapan operasi serta penerokaan pada teknologi terkini yang mampu mengurangkan kos atau meningkatkan keuntungan dengan mencipta aliran pendapatan baru daripada sumber yang ada.
“Kebolehpercayaan ini membantu kami membina kepercayaan dan keyakinan untuk mengekalkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.’
|
![]() |
Bagaimanakah anda berurusan dengan pelanggan dan mengekalkan kesetiaan mereka terhadap produk dan perkhidmatan anda? Kami menekankan penggunaan peralatan teknologi tinggi dan peralatan berkualiti untuk memastikan pengeluaran biogas yang efisien. Jurutera kami yang inovatif sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi biogas. Ia membolehkan mereka menawarkan penyelesaian reka bentuk sistem yang termaju yang memenuhi permintaan pasaran yang berkembang. Kebolehpercayaan ini membantu kami membina kepercayaan dan keyakinan untuk mengekalkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Selain itu, GLT menawarkan sokongan menyeluruh, daripada perundingan awal dan reka bentuk sistem, pemasangan, operasi dan pengurusan loji biogas kepada penyelenggaraan yang berterusan. Pendekatan holistik ini memastikan pelanggan kami mempunyai sokongan di sepanjang proses. Bagaimanakah anda memastikan kemampanan perniagaan dan apakah rancangan masa depan anda untuk GLT? |
Usaha dalam mengurangkan jejak karbon sama ada di peringkat tempatan atau global adalah inisiatif berpanjangan. Saya yakin perniagaan GLT akan terus wujud untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Kami sedang melatih pekerja muda yang berpotensi untuk menjadi pengganti kami, yang akan meneruskan visi dan usaha kami untuk generasi akan datang. Jika anda mempunyai satu nasihat untuk usahawan baru, apakah itu? Industri ini sangat bergantung pada kerjasama, daripada mendapatkan bekalan bahan mentah yang boleh dipercayai, menavigasi persekitaran kawal selia, kepada mendapatkan sokongan daripada penyedia teknologi atau pakar industri. Membina hubungan yang kukuh dengan pihak berkepentingan, pembekal dan pihak berkuasa adalah penting. Sebagai pemain baru dalam industri, adalah penting untuk bekerjasama dengan pakar industri dan perunding. Manfaatkan pengetahuan dan pengalaman mereka untuk mengatasi cabaran dan mengoptimumkan operasi. Sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima maklum balas dan bersikap fleksibel untuk meyelaraskan model perniagaan berdasarkan pandangan yang diperoleh. Fleksibiliti boleh membawa kepada penyelesaian yang inovatif dan meningkatkan peluang kejayaan. |