Syarikat-syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana ("PKS") memerlukan
aliran tunai yang mencukupi untuk bersaing dan berdaya maju dalam ekonomi hari ini.
Kekurangan dari aspek cagaran merupakan cabaran kepada syarikat-syarikat PKS bagi
mendapatkan pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan.
Skim-skim jaminan kerajaan yang diuruskan oleh SJPP membolehkan syarikat-syarikat PKS
menangani halangan ini sebagai penyelesaian alternatif bagi syarikat-syarikat PKS yang tidak
mempunyai cagaran yang mencukupi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Skim-skim Khas untuk COVID-19
Kerajaan Malaysia berterusan menyokong PKS yang terkesan akibat COVID-19. Bagi tahun 2021, Skim ‘SME Automation and Digitalisation Facility’ (ADF), Skim ‘Agrofood Facility’ (AF), Skim Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PPP) dan Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRF) masih dibuka dan boleh membuat permohonan melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat.
Klik setiap Skim untuk maklumat lanjut.
(Dalam Bahasa Inggeris)
Bantuan Pembiayaan Perniagaan buat Usahawan Malaysia
Tahun 2020 telah memberi cabaran hebat kepada para usahawan dan syarikat-syarikat perniagaan kecil dan sederhana (PKS) atau SME dimana PKS memerlukan pinjaman perniagaan dan bantuan kewangan tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan kredit dari pihak Bank dan institusi-institusi kewangan yang menawarkan kemudahan-kemudahan ini disebabkan oleh risiko berkaitan dengan keupayaan pembayaran balik oleh syarikat-syarikat PKS atau SME ini.
Oleh itu, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, telah ditubuhkan untuk memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan syarikat-syarikat PKS atau SME dengan institusi-institusi kewangan, dimana jaminan kerajaan diberikan kepada pihak institusi-institusi kewangan yang menawarkan kemudahan-kemudahan pembiayaan kepada para usahawan dan syarikat-syarikat PKS atau SME yang layak untuk mendapatkan aliran tunai yang diperlukan.
Kekurangan cagaran kini bukan lagi suatu halangan bagi syarikat-syarikat PKS atau SME kerana kemudahan-kemudahan pembiayaan mereka boleh dijamin oleh Kerajaan, demi memudahkan akses kepada aliran tunai yang diperlukan untuk terus kekal dan berdaya maju dalam perniagaan mereka.
Antara skim kerajaan utama yang ditawarkan oleh SJPP ialah skim GGS-Prihatin, iaitu skim jaminan untuk pembiayaan perniagaan yang disediakan bagi syarikat-syarikat PKS atau SME yang layak dalam semua industri, dan tidak mengecualikan industri-industri tertentu seperti Petroleum & Gas atau pembinaan.
Skim GGS-Prihatin kerajaan ini boleh didapati di 21 institusi-institusi kewangan terlibat, dimana pemohon-pemohon yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sebanyak RM20 juta dan 80% daripada pembiayaan tersebut dijamin oleh kerajaan dengan yuran jaminan antara 0.75% sehingga 1% setahun, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Selain daripada GGS Prihatin, SJPP juga menawarkan skim-skim jaminan lain untuk kemudahan bantuan perniagaan seperti Skim Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PPP), Skim ‘Special Relief Facility’ (SRF), Skim ‘SME Automation and Digitalisation Facility’ (ADF) dan Skim ‘Agrofood Facility’ (AF), yang boleh didapati di semua institusi-institusi kewangan yang terlibat dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Disember 2020. SJPP juga menawarkan skim usahawan permulaan yang boleh digunapakai oleh para usahawan yang baru memulakan perniagaan dan telah beroperasi di antara 6 bulan sehingga 2 tahun.
Skim pinjaman kerajaan adalah antara bantuan pembiayaan oleh kerajaan yang telah terbukti bukan sahaja penting buat para usahawan dan perniagaan kecil-kecilan bagi mendapatkan pinjaman bank ketika berlakunya krisis ekonomi, malahan ia juga boleh dianggap sebagai talian hayat aliran tunai bagi syarikat-syarikat PKS didalam pelbagai industri seperti Industri Pemakanan & Minuman serta Industri Runcit. Kerajaan mengambil prihatin tentang kesulitan terutama bagi perniagaan-perniagaan yang terjejas dan mengalami kerugian besar apabila Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac 2020. Syarikat-syarikat perlu mengambil inisiatif-inisiatif dan langkah-langkah yang diperlukan untuk memperbaharui strategi perniagaan, mempertingkatkan penggunaan teknologi dan proses-proses automasi serta mengalih proses kerja ke arah landasan digital. Penambahbaikan ini akan memakan kos, dan sumber aliran tunai yang diperlukan boleh didapati dari bantuan pinjaman perniagaan kerajaan.
Selain daripada SME dan usahawan persendirian, bantuan jaminan kerajaan ini juga boleh dipohon oleh syarikat-syarikat yang baru bermula, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat pembuatan mahupun pemilik francais. Skim-skim jaminan kerajaan yang diuruskan oleh SJPP terbuka kepada semua syarikat-syarikat PKS di Malaysia, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma kelayakan.
Sama ada perniagaan anda ingin berkembang dan memerlukan bantuan pembiayaan, ingin menambahbaikan aliran tunai atau pulih dari kerugian - inilah penyelesaian yang anda nantikan.
Institusi-Institusi Kewangan Terlibat
Anugerah Prestasi Terbaik 2019
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Anugerah Pengiktirafan Khas 2019
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lihat senarai penuh institusi-institusi kewangan yang terlibat >
Alamat Korporat
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (851317-W)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon: +603 2096 5000
Faks: +603 2096 8981
E-mel: esjpp@prokhas.com.my
Laman web: www.sjpp.com.my