Skim Jaminan Modal Kerja - Lanjutan (SJMK-L)
Image
  • Nama Skim:
    Skim Jaminan Modal Kerja – Lanjutan (SJMK-L)
  • Objektif:
    Untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Had Skim:
    RM7.0 bilion (dengan pengunaan Jaminan secara pusingan sehingga tamat tempoh Skim)
  • Kelayakan:
    Terbuka kepada syarikat-syarikat PKS daripada semua sektor dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan/ atau Akta Syarikat 2016 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan ekuiti pemegang saham kurang daripada RM20.0 juta
  • Tujuan Pembiayaan:
    Kemudahan ini boleh digunakan untuk Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat yang sama atau lain.

    Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing
  • Jaminan Perlindungan:
    Jaminan 70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan:
    1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
  • Had Pembiayaan
    Minimum: RM100,000.00 sahaja
    Maksimum: RM5.0 juta sahaja
  • Tempoh Jaminan:
    Selama 13 tahun atau sehingga 31 Disember 2030, yang mana lebih awal
  • Kadar Faedah/ Keuntungan:
    Ditentukan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Jenis Pembiayaan:
    Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i dan Pembiayaan Perdagangan
  • Institusi Kewangan Yang Terlibat:
    Terbuka kepada semua Bank Komersil, Bank Islam dan Institusi Pembangunan Kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia
  • Sumber Dana:
    Daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
  • Ketersediaan/ Tempoh Permohonan Jaminan
    Dibuka dari 1 Januari 2016 dan selepas penggunaan penuh had Skim sehingga Ringgit Malaysia Tujuh Bilion (RM7.0 bilion) sahaja atau sehingga tamat tempoh Jaminan pada 31 Disember 2030, yang mana lebih awal