Skim Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PPP)

  • Had Skim:
    RM1 billion
  • Tempoh Jaminan:
    Tempoh pembayaran semula tidak melebihi 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium untuk ansuran bulanan
  • Tempoh Permohonan Jaminan:
    Dibuka dari 1 Ogos 2020 sehingga had peruntukan skim berjumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1 bilion) habis digunakan sahaja
  • Tujuan Pembiayaan:
    • Modal Kerja
    • Perbelanjaan Modal

    Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain
  • Kelayakan:
    • PKS, Sdn Bhd, pemilikan tunggal, perkongsian atau perkongsian liability terhad dalam pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan adalah sama ada:
      1. PKS seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp Malaysia pada waktu permohonan; ATAU
      2. Berlesen oleh berdaftar dengan MOTAC

      Dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia
      (Rujukan kepada garis panduan bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan)

    Sektor-sektor yang layak adalah seperti berikut:
    • Pelancongan teras:
      1. Premis penginapan pelancongan (cth. Hotel bajet, inap desa berdaftar, chalet dan rumah peranginan)
      2. Agensi pelancongan operator pelancongan
      3. Pengangkutan untuk pelancong (cth operator bas, bot dan kereta sewa)
    • Sektor-sektor berkaitan pelancongan
      1. Pelancongan perubatan
      2. Ekosistem mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions, MICE)
      3. Perniagaan perkhidmatan kewangan – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan terutamanya dengan pelancong ke dalam dan ke luar negeri
      4. Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan pergantungan mereka yang besar terhadap pelancong

    Penerima-penerima Skim Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Pembiayaan PKS PENJANA adalah tidak layak untuk memohon PPP.
  • Jenis Pembiayaan:
    Pinjaman Bertempoh/ Pinjaman Bertempoh-i dan Kemudahan Overdraft/ Aliran Tunai Perniagaan-i
  • Had Pembiayaan:
    Untuk PKS: Sehingga RM500,000
    Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro: Sehingga RM75,000

    Ini tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM10.0 juta untuk semua skim jaminan SJPP, termasuk pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan) dan penjamin yang berkaitan.
    Nota: Perkara di atas terpakai untuk syarikat-syarikat bersekutu PKS dengan memegang saham biasa iaitu >20% pegangan saham.
  • Jaminan Perlindungan:
    • Untuk PKS – Jaminan sehingga 80%
    • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro - Jaminan sehingga 90%
  • Di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
  • Yuran Jaminan:
    0.50% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
  • Sumber Dana:
    Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat atau Bank Negara Malaysia
  • Kadar Faedah/ Keuntungan:
    Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan SJPP)