Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT)

  • Objektif Skim:
    Untuk membantu pengusaha-pengusaha bas dan teksi yang layak yang mempunyai tunggakan kemudahan pembiayaan dengan syarikat-syarikat pembiayaan sewa beli dan kredit, dengan memberikan lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan lanjutan tempoh pembayaran bagi penstrukturan semula pembiayaan sewa beli dan kredit, sebagai langkah mitigasi untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan tempoh PKP ke atas perniagaan mereka.
  • Had Skim:
    RM1.0 bilion
  • Kelayakan bagi Syarikat-Syarikat Pembiayaan Sewa Beli dan Kredit Terlibat:
    Syarikat-syarikat selain daripada Bank yang menyediakan pembiayaan sewa beli dan kredit untuk pembiayaan bas dan teksi, mestilah berdaftar dengan sistem e-Hakmilik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat-syarikat ini juga telah bersetuju untuk menyertai SRSBBT dengan menandatangani Perjanjian Induk dengan SJPP.
  • Tempoh Jaminan:
    Tempoh jaminan tidak melebihi 9 tahun dari tarikh permulaan jaminan
  • Tempoh Lanjutan Pembiayaan/ pinjaman:
    • Bagi tempoh baki pinjaman melebihi 12 bulan: tempoh pinjaman akan dilanjutkan selama 36 bulan, termasuk 12 bulan moratorium untuk pembayaran bulanan secara ansuran.
    • Bagi tempoh baki pinjaman kurang daripada 12 bulan: tempoh pinjaman akan dilanjutkan selama 24 bulan, termasuk 12 bulan moratorium untuk pembayaran bulanan secara ansuran.
  • Tempoh Permohonan:
    Dibuka sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga had peruntukan skim berjumlah RM1.0 bilion habis diguna pakai, yang mana lebih awal.
  • Kelayakan Penyewa/ Peminjam:
    SRSBBT terbuka kepada semua syarikat*, pemilikan tunggal**, perkongsian** atau perkongsian liabiliti terhad** dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia, dan terlibat dengan operasi berkaitan dengan sewa ‘Charter’, lawatan, pengangkutan antara negeri, pengangkutan ekspress, bas sekolah, bas kilang dan teksi.

    Pada masa permohonan untuk SRSBBT, usia kenderaan bagi bas tidak boleh melebihi 12 tahun, dan teksi tidak boleh melebihi 9 tahun.

    Cukai jalan kenderaan mesti diperbaharui dengan tarikh luput yang bertarikh pada atau selepas 30 September 2019, atau kenderaan tersebut telah diperiksa oleh Puspakom Sdn Bhd dan memiliki sijil pemeriksaan yang bertarikh pada atau selepas 30 September 2019.

    Tunggakan yang sedia ada bagi kemudahan pembiayaan sewa beli dan kredit yang akan distruktur semula tidak boleh melebihi 3 bulan sebelum 30 September 2019.

    Bagi penyewa/ peminjam yang sudah mempunyai pinjaman atau pembiayaan lain yang telah dijamin dibawah SRSBBT ini atau sebarang skim jaminan SJPP yang lain, maka tidak boleh adanya sebarang tuntutan yang telah dibuat dibawah jaminan-jaminan tersebut.

    Kelayakan juga tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain
    *Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
    **Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
  • Had Pembiayaan:
    • Bas:
      Minimum RM30,000*, dan maksimum sebanyak RM10.0 juta* (berdasarkan tunggakan prinsipal yang distruktur semula).
    • Teksi:
      Maksimum sebanyak RM5.0 juta* (berdasarkan tunggakan prinsipal yang distruktur semula).

    *Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM10.0 juta untuk jumlah pembiayaan yang akan dijamin di bawah kemudahan pembiayaan sedia ada semasa penstrukturan semula; dan semua jumlah pembiayaan oleh Penyewa dan/ atau Kumpulan Penyewa yang dijamin di bawah skim SRSBBT.
  • Jaminan Perlindungan:
    50% baki tertunggak pinjaman yang telah distruktur semula (tidak termasuk faedah penalti, caj pembayaran lewat, caj - caj lain dan pendahuluan yuran jaminan).
  • Yuran Jaminan:
    0.5% setahun yang perlu dibayar terdahulu terhadap jumlah perlindungan. Yuran Jaminan untuk tahun pertama bagi kemudahan penstrukturan semula adalah dikecualikan.