Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir (SJPBB)
- Nama Skim:
Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir (SJPBB)
- Had Skim:
RM500.0 Juta sahaja
- Objektif
Untuk membantu memulihkan syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) yang terjejas di daerah yang dikenalpasti oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sebagai kawasan bencana banjir seperti senarai berikut:
Johor
Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Kulaijaya, Ledang, Muar, Pontian dan Segamat
Kedah
Bandar Baharu, Kota Setar, Kubang Pasu, Kulim, Padang Terap dan Pendang
Kelantan
Bachok, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat
Pahang
Bera, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Rompin dan Temerloh
Perak
Hilir Perak, Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah
Sabah
Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Pitas
Sarawak
Kuching, Limbang, Mukah dan Samarahan
Terengganu
Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu
- Syarat Kelayakan:
Terbuka kepada semua syarikat PKS Bumiputera dan Bukan Bumiputera berdaya maju daripada semua sektor dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia dan jumlah ekuiti pegangan saham kurang daripada RM20.0 juta.
Rujukan kepada garis panduan bagi definisi baharu PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
- Had Pembiayaan:
Minimum: RM50,000.00 sahaja;
Maksimum: Agregat pembiayaan RM2.0 Juta untuk satu syarikat
- Tujuan Pembiayaan:
Modal kerja (working capital), pembiayaan operasi (OPEX) dan perbelanjaan modal (CAPEX) untuk penggantian mesin/ peralatan yang rosak. Pembiayaan ini tidak boleh digunakan sebagai pembiayaan semula (refinancing) pinjaman-pinjaman sediaada di Institusi Kewangan yang sama atau lain.
Institusi Kewangan yang terlibat bersama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan peminjam mengikut polisi penilaian kredit dan prosedur masing-masing.
- Kadar Faedah/ Kadar Keuntungan/ Komisyen/ Fi:
Akan ditentukan oleh institusi kewangan yang terlibat
- Sumber Dana:
Oleh institusi kewangan yang terlibat
- Jaminan Perlindungan:
70% oleh Kerajaan Malaysia diatas jumlah pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan yang terlibat
- Yuran Jaminan:
0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Tempoh Kemudahan Pembiayaan/ Tempoh Jaminan:
Sehingga 5 tahun atau sehingga 31 Disember 2020, yang mana lebih awal
- Tempoh Ketersediaan/ Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka selama enam (6) bulan dari 1 April 2015 atau sehingga kelulusan pinjaman berjumlah Ringgit Malaysia Lima Ratus Juta (RM500 juta) sahaja, yang mana lebih awal
- Institusi Kewangan Yang Terlibat:
Terbuka kepada semua bank-bank tempatan dan asing termasuk institusi pembangunan kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia