Boleh kongsikan latarbelakang syarikat anda?
Perniagaan HJS Travel and Tour Sdn Bhd dimulakan pada Julai 2015 kerana saya sangat berminat dan ingin menceburi dalam bidang perhotelan dan pelancongan. Pada mulanya, ayah saya meminta saya untuk mewarisi perniagaannya yang merupakan pusat servis kenderaan namun takdir membawa saya ke dalam industri ini kerana saya ditawarkan kursus pengurusan pelancongan oleh sebuah politeknik. Selepas tamat pengajian, saya bekerja di sebuah agensi pelancongan di Johor Bahru yang agak besar iaitu Oversea Express yang mempunyai 7 cawangan ketika itu untuk menimba ilmu dan pengalaman. Selepas itu, saya pergi ke Singapura dan bekerja di sebuah syarikat bas pelancongan namun pengalaman tersebut tidak menyenangkan.
Oleh itu, saya membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia di mana saya bertemu dengan mentor saya dan dia mengajar saya dari segi pengurusan, kos dan perundingan dengan syarikat penerbangan dan ejen.
Dia memberi saya banyak peluang untuk mengetuai lawatan yang besar ke negara-negara Eropah. Dari situ, saya belajar mengenai cara perundingan, membuat pakej pelancongan dan susunan jadual perjalanan. Mentor saya kemudiannya menugaskan saya untuk mengurus cawangan di Seremban dan Kuala Lumpur.
Dia juga menguruskan cawangan perkhidmatan pelanggan AirAsia di mana saya ditugaskan untuk mengurus beberapa cawangan. Bagaimanapun beliau telah menamatkan kontrak tersebut selepas pertikaian di antara syarikatnya dengan AirAsia. Kemudian, saya membuat keputusan untuk memulakan syarikat saya sendiri dengan rangkaian yang sedia ada dan juga bimbingan daripada mentor dan bantuan isteri saya.
“Saya membuat keputusan untuk memulakan syarikat saya sendiri dengan rangkaian yang sedia ada dan juga bimbingan daripada mentor dan bantuan isteri saya’’
|
Apakah cabaran utama dalam perniagaan ini?
Kami menghadapi banyak cabaran untuk lawatan masuk seperti berurusan dengan pemandu pelancong yang tidak berlesen. Mereka mampu menawarkan harga yang lebih murah kerana mereka adalah pekerja bebas. Kami perlu menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di samping membina hubungan untuk mengekalkan pelanggan.
Cabaran lain yang kami hadapi adalah pekerja bebas tidak bertangungjawab sekiranya masalah berlaku. Kami perlu memikul tanggungjawab dengan berurusan dengan pelanggan. Terdapat ramai orang yang ditipu oleh pekerja bebas waktu Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) kerana mereka menempah pakej pelancongan yang palsu dan pelanggan berjumpa dengan kami untuk meminta bayaran balik.
Memandangkan kami tidak menyediakan produk fizikal selepas pelanggan membuat tempahan, kami telah membuka kedai di tingkat bawah untuk menarik lebih ramai orang dan pada masa yang sama dapat memberi jaminan dan keyakinan kepada pelanggan. Di samping itu, kami juga memberi pengetahuan dan maklumat mengenai situasi semasa di negara-negara yang kami promosikan.
Pameran pelancongan yang dianjurkan oleh HJS Travel and Tour di pejabat |
Apakah kelebihan dan bagaimana anda mempromosikan perniagaan anda?
Sebelum ini, kami membuat pengiklanan di surat khabar namun selepas PKP, kami memutuskan untuk beralih kepada platform media sosial seperti “Facebook” dan “Instagram” kerana ia menyediakan capaian yang lebih baik dan liputan yang lebih luas.
Kami juga membuat pameran di pameran MATTA baru-baru dengan kerjasama dengan agensi pelancongan Golden Destination. Kami mempromosi pakej pelancongan yang merangkumi negara-negara di seluruh dunia serta lawatan pelayaran dengan harga yang berpatutan dan pakej yang berkualiti untuk memenuhi lebih ramai pelanggan. Lawatan kami melibatkan kedua-dua lawatan domestik dan luar negara di mana lawatan domestik terdiri daripada pegawai Kerajaan China. Biasanya kami mengatur lawatan untuk kumpulan persendirian antara 8 hingga 10 pelancong kerana kualiti dan keuntungan yang lebih baik. Kami juga bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan supaya lawatan dapat dibentuk dengan lebih pantas. Kami membina lawatan konsortium yang menggabungkan pelanggan-pelanggan kami daripada destinasi pelancongan yang sama untuk mengurangkan tempoh penungguan. Apakah nasihat anda kepada usahawan-usahawan baru? |
Jangan terlibat dalam perang harga untuk mendapatkan perniagaan tetapi memenuhi keperluan serta mengekalkan kepuasan pelanggan adalah kunci untuk kelestarian perniagaan.
|
Pameran pelancongan HJS Travel & Tour yang diadakan di Palm Mall, Seremban. |