Bagaimanakah anda memulakan perniagaan ini?
Ayah saya adalah seorang penggemar durian dan rajin menanam durian di dusunnya. Kami memulakan perniagaan kecil-kecilan pada tahun 1986. Abang-abang saya yang berkelulusan dalam bidang perubatan telah berpeluang menemu kerajaan bagi memohon lesen untuk mengeksport durian beku ke China. Kami menjadi syarikat Malaysia yang pertama mendapatkan lesen pembuatan dan eksport oleh General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of the People's Republic of China (AQSIQ). Saya merupakan seorang perunding cukai di sebuah firma perakaunan ketika ayah saya meminta saya untuk menyertai perniagaan keluarga ini.
Apakah keunikan produk anda?
Kami mengeksport pelbagai jenis durian gred tinggi seperti Musang King, D197, dan D24, selain daripada produk seperti pulpa benih durian, nangka segar serta beku. Produk durian kami tidak mengandungi bahan pengawet. Kami turut memiliki dusun, kilang serta makmal jaminan kualiti (QA) bagi memastikan kualiti dan piawaian produk kami terjamin.
Bagaimanakah cara anda mempromosikan produk?
Sebagai syarikat B2B, kami menyertai pelbagai pameran perdagangan di luar negara seperti di China, Dubai, Korea, Jepun, Singapura, Indonesia dan Hong Kong. Kami juga menggunakan Ali Baba sebagai platform e-dagang untuk mencapai pasaran yang lebih meluas.
Selain itu, kami mempunyai kakitangan-kakitangan yang berkelayakan dalam pemasaran digital bagi mendorong usaha dan aktiviti-aktiviti promosi kami.
Bagaimanakah anda mengekalkan pelanggan anda?
Kami sentiasa memberi perhatian tentang kualiti produk-produk kami. Selain itu, kami sentiasa berhubung dengan pelanggan kami untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Mereka turut dibenarkan untuk melawat kilang serta dusun kami bagi memahami cara operasi kami.
"Kami memberi tumpuan terhadap kualiti yang baik, keselamatan dan kekekalan rasa produk kami …" |
Proses rawatan beku digunakan untuk mengekalkan rasa, perisa dan aroma Raja Buah Malaysia |
Selain ujian di makmal luaran, kami juga memiliki makmal kami sendiri untuk menguji keselamatan dan kebersihan makanan. Kami melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan-pelanggan kami bagi mengekalkan hubungan dengan mereka dalam jangka masa yang panjang.
Apakah perancangan masa depan untuk Top Fruits?
Kami merancang untuk menembusi lebih banyak pasaran luar negara seperti Korea, Jepun dan Eropah. Kami juga ingin menembusi pasaran Thailand. Berbanding dengan produk Thailand, produk durian matang beku kami mempunyai jangka hayat lebih lama, iaitu sehingga 18 bulan.