Skim Jaminan Kerajaan MADANI 3 (GGSM3)

- Had Skim:
RM20 bilion
- Objektif Skim:
Untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyediakan jaminan Kerajaan kepada Institusi-institusi Kewangan yang terlibat untuk pembiayaan yang disediakan untuk semua sektor ekonomi terutamanya kepada empat (4) sektor fokus berikut:- Bumiputera
- Teknologi Tinggi
- Halal
- Pelancongan
- Tempoh Jaminan:
Sehingga tujuh (7) tahun atau 31 Disember 2032, yang mana lebih awal
- Kelayakan:
Terbuka kepada semua PKS dari pelbagai sektor:- Syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;
- Syarikat Perkongsian, dan Perkongsian Liabiliti Terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia secara majoriti; atau
- Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia
Diperbadankan di bawah:- Akta Pendaftaran Perniagaan (1956), atau Akta Syarikat (1965/ 2016), atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
- Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak; atau
- Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional
Tidak termasuk:- Entiti yang disenaraikan di Papan Utama, Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs) dan Perusahaan milik Kerajaan Negeri
- Anak syarikat dengan sekurang-kurangnya 51% saham entiti, yang disebut dalam perkara diatas
- Entiti perniagaan dimana pegangan saham/ pengarah/ dimiliki oleh penjawat awam, yang sedang dalam perkhidmatan, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan – Majikan/ Ketua Jabatan
- Tempoh Permohonan:
Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga had skim digunakan sepenuhnya, yang mana lebih awal
- Tujuan Pembiayaan:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
Kedua-duanya untuk Pembiayaan Baru.
Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i, Sewa Beli / Sewa Beli Perindustrian dan Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i
- Had Pembiayaan:
Sehingga 10 juta setiap syarikat untuk semua sektor.
*Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk DPGS, SRSBBT dan pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan, dan pihak-pihak berkaitan.
- Jaminan Pembiayaan:
- Sektor fokus: Sehingga 80% jaminan ke atas pembiayaan yang diluluskan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian.
- Sektor lain
Pembiayaan ≤ RM3 juta setiap pelanggan: Sehingga 70% jaminan ke atas pembiayaan yang diluluskan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Pembiayaan > RM3 juta setiap pelanggan: Sehingga 50% jaminan ke atas pembiayaan yang diluluskan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian.
- Yuran Jaminan:
Sektor fokus: 0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Sektor Lain: Sehingga 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Pembiayaan:
Pembiayaan yang diberikan daripada dana yang disediakan (geran dan pinjaman) dan/ atau disubsidi oleh Kerajaan Malaysia tidak layak untuk skim jaminan ini
- Kadar Faedah/ Keuntungan:
Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2%

