Intipati Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia MADANI

Bernama Malay

24 Februari 2023

Intipati Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia MADANI

Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketika Membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI Di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen Hari Ini. – Foto bernama (2023) HAK CIPTATERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Berikut ialah intipati Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, hari ini.

Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI' Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

  • Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM388.1 bilion daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022
  • Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan
  • Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2023
  • Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang (berbanding) RM294.4 bilion pada tahun lepas
  • Kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus
  • Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus
  • Kerajaan bertekad untuk mencapai tahap deficit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2 peratus kepada KDNK menjelang2025
  • Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian
  • Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Agihan dividen Amanah Saham Bumiputera yang lebih kepada rakyat memerlukan
  • Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini
  • Duti eksais dicadangkan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape
  • Kerajaan akan kaji untuk perkenal Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024
  • Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 akan diumumkan pada suku ketiga 2023 untuk melakar hala tuju pembangunan perindustrian yang bertumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan pemgamblilan bakat tempatan
  • Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan
  • Kadar cukai perusahaan mikro, kecil dan sederhana ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
  • Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion
  • Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun2024
  • Bermula 2024, aset simpanan Syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitf kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah
  • Hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi PKS
  • Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS
  • Kerajaan akan menyediakan RM50 juta geran sepadan untuk menggalakan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan
  • RM80 juta disediakan bagi menambah baik kelestarian industri sawit dan mempergiat Kempen Menangani Antiminyak Sawit
  • RM100 juta disediakan dibawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil
  • Kerajaan akan memperkasa peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk bantu peniaga kecil dengan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dan e-Dagang
  • Nilai pelaburan terkumpul Syarikat Berkaitan Kerajaan dianggar mencecah RM50 bilion tahun ini
  • RM1 bilion dana pembiayaan tersedia di bawah BNM untuk bantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan, mendigitalkan operasi
  • GLC termasuk Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion
  • Pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dan pengecualian duti setem 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500,000hingga RM1 juta
  • Kerajaan bersetuju menambah caruman RM500 untuk ahli KWSP berusia 40-54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1.

-- BERNAMA

 

(Web source: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2167518)