Dagang News
9 Mac 2023
MBSB Bank mudahkan urusan perbankan pelanggan menerusi pembukaan cawangan baharu di Kota Bharu
Cawangan baharu MBSB Bank di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.
KUALA LUMPUR 9 Mac - MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) sentiasa berusaha untuk menyantuni para pelanggannya dengan pembukaan secara rasmi cawangan baharunya yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Ketua Pegawai Strategi MBSB Bank, Datuk Azlan Shahrim, pembukaan cawangan baharu itu penting bagi pihaknya kerana di sebalik kebangkitan perbankan digital, masih terdapat para pelanggan memilih menguruskan kewangan secara interaksi bersemuka terutamanya transaksi yang memerlukan khidmat nasihat terperinci.
"Dengan pembukaan cawangan ini, para pelanggan boleh mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Akaun Simpanan Primewin-i dan juga Akaun Semasa Primewin-i yang memberi peluang kepada mereka memenangi hadiah-hadiah menarik termasuklah wang tunai, kereta mewah, pakej percutian dan banyak lagi melalui penganjuran kempen 'Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0'yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2023," katanya dalam kenyataan.
Cawangan ini juga berfungsi sebagai pusat tumpuan keberadaan MBSB Bank dalam kalangan komuniti setempat di Kota Bharu.
MBSB Bank sentiasa komited untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja menerusi produk-produk perbankan, tetapi juga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat. Pada Disember 2022, MBSB Bank telah menyalurkan sumbangan makanan asas melalui Program‘Box of Care’ kepada 300 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu.
Manakala pada Januari 2023, sumbangan Box of Care turut disampaikan kepada 150 mangsabanjir di daerah-daerah Kota Bharu, Pasir Puteh dan Pasir Mas.
(Dari kiri) Ketua Perbankan Konsumer MBSB Bank, Tey Jing Ying, Datuk Azlan Shahrim dan Ketua Pegawai Teknologi MBSB Bank, Amran Abdul Latip ketika pelancaran cawangan baharu MBSB Bank di Kota Bharu,Kelantan pada 9 Mac 2023.
MBSB Bank turut menawarkan Pembiayaan Peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga keRM400,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun, manakala produk Deposit Bertempoh-I menawarkan kadar yang sangat kompetitif sehingga 4.3% setahun.
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga boleh memanfaatkan pembiayaan perbelanjaan modal, perbelanjaan operasi dan modal kerja yang ditawarkan oleh MBSB Bank.
Selain itu menerusi MBSB Bank, PKS juga boleh memohon Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH(PGGS) oleh Syarikat Jaminan Pembayaran Perniagaan Berhad (SJPP) yang menyediakan pembiayaan baharu, kemudahan pembiayaan sedia dan lanjutan tempoh pembiayaan, serta modal kerja tambahan bagi menggiatkan semula perniagaan.
- DagangNews.com (dagangnews.com)