RM50 bilion dana pinjaman, jaminan pembiayaan usahawan tempatan

Free Malaysia Today

10 October 2025

RM50 bilion dana pinjaman, jaminan pembiayaan usahawan tempatan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

 Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) kepada usahawan

PETALING JAYA:

 Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan akan ditingkatkan sehingga RM50 bilion pada 2026, berbanding RM40 bilion tahun ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan, antaranya di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

“Jumlah jaminan kerajaan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) ditingkatkan kepada RM30 bilion daripada RM20 bilion sebelum ini.

 Link Youtube: https://youtu.be/LBQQzT1j7Y8

“Selain menjamin syarikat sektor bernilai tinggi, skop SJPP turut diperluas bagi menjamin usahawan mikro,” katanya yang juga menteri kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025.

Tambahnya, peruntukan sebanyak RM50 juta bakal disalurkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai dana pembiayaan untuk menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.

Mengulas lanjut, Anwar berkata dana Bank Simpanan Nasional (BSN) akan beralih kepada sokongan berasaskan jaminan dengan  tumpuan kepada segmen yang kurang mendapat akses pembiayaan serta aktiviti berimpak tinggi seperti pendigitalan, automasi, inovasi dan peralihan hijau.

Menurutnya, langkah itu bagi meluaskan capaian bagi usaha menyokong keperluan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

(Web Source: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/10/10/rm50-bilion-dana-pinjaman-jaminan-pembiayaan-usahawan-tempatan)