Skim Jaminan Bantuan Kerajaan MADANI (GGRSM)

- Had Skim:
RM5.0 bilion
- Objektif Skim:
Untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat perkembangan geopolitik semasa dan gangguan berkaitan tenaga, melalui penyediaan jaminan Kerajaan kepada institusi kewangan (IK) ke atas pembiayaan yang diberikan kepada PMKS dalam sektor / industri / segmen tumpuan berikut:- Pelancongan
- Pertanian dan Agro-Makanan
- Pembinaan
- Logistik dan Pengangkutan
- Kelayakan:
Terbuka kepada PKS daripada empat sektor yang dinyatakan di atas (rujukan kepada Garis Panduan bagi takrifan PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan)
- Tujuan Pembiayaan:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
Kedua-dua tujuan pembiayaan adalah terhad kepada pembiayaan baharu sahaja. Skim ini tidak boleh diguna pakai untuk membiayai semula mana-mana kemudahan pembiayaan sedia ada yang diberikan oleh IK yang sama atau mana-mana IK yang lain
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf / Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan / Kemudahan Pusingan-i, Sewa Beli / Sewa Beli Perindustrian dan Kemudahan Pembiayaan Perdagangan / Pembiayaan Perdagangan-i termasuk Nota Janji Bayar / Nota Janji Bayar-i, serta Jaminan Bank / Jaminan Bank-i
- Had Pembiayaan*:
- Sehingga RM20 juta bagi setiap entiti PKS
- Sehingga RM50,000 bagi setiap Perusahaan Mikro
*Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had agregat kumpulan tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk Danajamin Prihatin Guarantee Scheme (DPGS), Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) dan pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan dan pihak-pihak berkaitan
- Jaminan Pembiayaan:
Sehingga 80% jaminan pembiayaan
- Yuran Jaminan:
0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Kadar Faedah / Keuntungan:
Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2.0%
- Tempoh Jaminan:
Sehingga sepuluh (10) tahun
- Tempoh Permohonan:
Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga had skim digunakan sepenuhnya, yang mana lebih awal

