Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2026 – BNM SRF (GGSM4 SRF)

- Had Skim:
RM2.5 bilion
- Objektif Skim:
Menyediakan sokongan kewangan jangka pendek bagi mengurangkan kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh PKS dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi.
- Kelayakan:
PKS berdaya saing yang terjejas (mengakibatkan tekanan kewangan) berikutan gangguan perdagangan dan rantaian bekalan susulan konflik geopolitik di Asia Barat.
(Rujuk garis panduan* bagi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan diperakui oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan);- Perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh warganegara Malaysia;
- Perkongsian dan Perkongsian Liabiliti Terhad yang dikawal serta dimiliki majoriti oleh warganegara Malaysia; atau
- Syarikat yang sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) pegangan sahamnya dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia.
Didaftarkan di bawah:- Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) Akta Syarikat (1965 / 2016) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Sendirian Berhad, milikan tunggal dan perkongsian); atau
- Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak; atau
- Badan berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional.
Tidak termasuk:- Entiti tersenarai awam (kecuali di Pasaran ACE atau Pasaran LEAP di Bursa Malaysia), syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan perusahaan milik Kerajaan Negeri,
- Anak syarikat yang sekurang-kurangnya 51% pegangan sahamnya dimiliki oleh entiti yang dirujuk dalam perkara (i) di atas,
- Entiti perniagaan yang pemegang saham / pengarah / pemiliknya terdiri daripada penjawat awam yang masih berkhidmat, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan / Ketua Jabatan.
*Seperti yang ditakrifkan di bawah garis panduan tersebut; pekerja sepenuh masa merangkumi semua pekerja bergaji yang bekerja sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan; atau sekurang-kurangnya 120 jam sebulan. Pekerja sepenuh masa juga termasuk pekerja asing dan pekerja kontrak.
- Tujuan Pembiayaan:
Modal Kerja sahaja
Skim ini tidak boleh diguna pakai untuk membiayai semula mana-mana kemudahan pembiayaan sedia ada yang diberikan oleh Institusi Kewangan (IK) yang sama atau mana-mana IK yang lain.
- Jenis Pembiayaan:
Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh
- Tempoh Menjalankan Perniagaan:
Sekurang-kurangnya 3 tahun dari tarikh permohonan (termasuk penukaran/ penaiktarafan daripada milikan tunggal dan perkongsian di bawah aktiviti perniagaan yang sama).
Bagi perniagaan yang telah beroperasi antara 2 hingga 3 tahun, individu utama hendaklah mempunyai pengalaman dalam perniagaan yang bersifat serupa selama 3 tahun atau lebih.
- Had Pembiayaan:
Sehingga RM750,000.00 bagi setiap syarikat
*Had pembiayaan adalah tertakluk Had Pendedahan Pelanggan Tunggal (“Single Customer Exposure Limit” atau “SCEL”) bagi setiap syarikat yang dihadkan kepada RM30.0 juta dan Had Agregat Kumpulan (termasuk Pihak Berkaitan) yang tidak melebihi RM50.0 juta bagi semua skim lain di bawah SJPP (skim semasa dan akan datang), termasuk DPGS. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama melalui pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan dan pihak-pihak berkaitan.
- Jaminan Pembiayaan:
Sehingga 80% jaminan pembiayaan
- Yuran Jaminan:
0.5% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
- Kadar Faedah / Keuntungan:
Sehingga 3.75%, termasuk yuran jaminan
- Tempoh Jaminan:
Sehingga lima (5) tahun
- Sumber Dana:
Disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
- Tempoh Permohonan:
Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga had skim digunakan sepenuhnya, yang mana lebih awal.

