Inti pati penting Belanjawan 2026

Harian Metro

10 October 2025

Inti pati penting Belanjawan 2026

 ANWAR ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini, menyaksikan perbelanjaan awam melonjak kepada RM470 bilion.

Pada masa sama, kerajaan terus menurunkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus tahun depan, mengawal hutang baharu sekitar RM77 bilion, manakala hasil Persekutuan dijangka meningkat kepada RM343.1 bilion tanpa beban cukai tambahan ke atas rakyat.

Berikut antara inti pati penting Belanjawan 2026:

  • BUDI95 kekal RM1.99/liter; subsidi diesel diteruskan + bantuan RM200/bulan untuk individu/petani/pekebun kecil.

Disyorkan

  • STR + SARA 2026: RM15 bilion — semua 9 juta penerima STR terima RM100 sebulan (e-Kasih RM200 sebulan); tambahan RM100 sekali bayar kepada 22 juta rakyat.
  • Kos sara hidup RM1 bilion: perluas Payung RAHMAH di semua DUN; BSN sedia RM50 juta geran mikro (hingga RM10,000).
  • Kesihatan (KKM RM46.5 bilion): naik taraf fasiliti RM1.2 bilion, peralatan RM755 juta; kurangkan kesesakan (outsourcing RM140 juta, pakar di klinik RM30 juta); ETAP naik ~40%.
  • Pendidikan sekolah (KPM RM66.2 bilion): naik taraf lebih 520 sekolah daif (~RM2 bilion), RMT RM870 juta, Bantuan Awal Persekolahan RM800 juta, 350 kelas prasekolah baharu.
  • PTPTN: "Pendidikan Percuma" RM120 juta setahun; pengecualian bayaran balik kelas pertama RM90 juta setahun; kebajikan mahasiswa (Dapur MADANI RM26 juta, kerja di kampus RM20 juta).
  • Perumahan rakyat: RM672 juta (PRR & Rumah Mesra Rakyat); baik pulih/bina baharu lebih 3,300 rumah daif; penyelenggaraan lif & strata kos rendah RM143 juta.
  • TVET (RM7.9 bilion): HRD Corp latih 3 juta peserta; PTPK RM650 juta; peluang kerja melalui "Academy in Industry".
  • PMKS & usahawan: payung pembiayaan/jaminan RM50 bilion (pinjaman mikro lebih RM2.5 bilion, SJPP RM30 bilion); pusat NADI RM350 juta untuk usahawan desa.
  • Wanita & keluarga: AIM RM230 juta; pembiayaan PMKS wanita RM270 juta; pelepasan cukai RM3,000 untuk pusat jagaan/transit berdaftar anak ≤12 tahun; bantuan guaman ibu tunggal.
  • Anak muda: PLKN rintis 2026 (RM250 juta); Khazanah K-Youth RM200 juta (11,000 peluang), BSN RM150 juta pembiayaan usahawan belia; tajaan lesen motosikal B2 untuk belia kurang mampu.
  • OKU: bantuan hampir RM1.4 bilion, pelepasan cukai rawatan/intervensi anak OKU naik ke RM10,000; 100 van mobiliti; perluasan pusat autisme.
  • Orang Asli: RM412 juta — jalan kampung RM155 juta, naik taraf semua TABIKA OA.
  • Pesawah & nelayan: bantuan/insentif RM2.62 bilion (tertinggi), anggaran ~RM4,300/hektar setiap musim; elaun nelayan hingga RM300 sebulan, diesel bersubsidi RM1.65/liter.
  • Keterjaminan makanan: projek air Jeniang RM1.28 bilion untuk sawah; pemodenan sawah RM100 juta; Agrobank RM1.1 bilion pembiayaan automasi; geran Agropreneur NextGen RM20 juta.
  • Prasarana asas desa: RM3.3 bilion (jalan kampung, jambatan, lampu jalan); air & elektrik untuk ~3,200 rumah luar bandar Sabah/Sarawak.
  • Digital & ketersambungan: lengkap PoP Fasa 2 RM770 juta; JENDELA 2 RM780 juta (2,700 lokasi baharu); 5G dwi-rangkaian sasar 80% 2026.
  • Sabah & Sarawak: pembangunan RM6.9 bilion (Sabah) & RM6 bilion (Sarawak); bekalan elektrik Sabah RM1.2 bilion + Southern Link RM765 juta; projek air berfasa; Pan Borneo/SSLR dipacu; program Tamu Desa RM20 juta.
  • Tebatan banjir & bencana: RTB RM2.2 bilion (43 projek), NADMA RM460 juta, Sistem Amaran Awal RM210 juta; kerosakan cerun >RM260 juta.
  • Pengangkutan rakyat: bas henti-henti ~RM200 juta; subsidi RAS Sabah/Sarawak RM209 juta; penyelenggaraan jalan Persekutuan RM2.5 bilion (RM700 juta untuk kontraktor G1–G4); MARRIS RM5.6 bilion.
  • Peralihan tenaga & bil elektrik: LSS6 hampir 2GW (pelaburan swasta RM6 bilion), GTFS 5.0 hingga 2026 (jaminan 60–80%, pembiayaan RM1 bilion); Cukai Karbon 2026 (fasa awal industri berat).
  • Perlindungan sosial: i-Saraan Plus padanan hingga RM600 setahun; kerajaan tanggung caruman PERKESO pekerja gig 70% tahun pertama, 50% tahun kedua; kadar hemodialisis maksimum naik ke RM170.
  • Sukan & kreatif: lebih RM580 juta (termasuk Road to Gold, persediaan SEA/Para 2027); filem RM110 juta, konsert RM10 juta, animasi & game RM20 juta.
  • Perkhidmatan lebih dekat rakyat: Kiosk MADANI diperluas; UTC Seberang Perai (RM76.6 juta); bank bergerak BSN tambah 4 unit (jumlah 20) untuk kawasan pedalaman; Mahkamah Bergerak (Buruh & Kanak-kanak).
  • Agama & komuniti: syiar Islam RM2.6 bilion (naik taraf SAR/tahfiz/pondok RM150 juta); Program perpaduan & komuniti (Rukun Tetangga, Jiwa Murni, sukan rakyat).

 

(Web Source: https://www.hmetro.com.my/utama/2025/10/1274085/inti-pati-penting-belanjawan-2026)