Skim SJPP: Tiga PKS perkukuh operasi, teroka pasaran Baharu

Edisi 9

2 March 2026

Skim SJPP: Tiga PKS perkukuh operasi, teroka pasaran Baharu

TIGA perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan memanfaatkan sokongan pembiayaan di bawah skim jaminan yang diuruskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Ini apabila syarikat terbabit, Tonasco Malaysia Sdn Bhd, Molhit Pack Sdn Bhd dan Bubbles O2 Sdn Bhd telah berjaya memperkukuhkan operasi serta meneroka pasaran baharu menerusi kemudahan tersebut.

SJPP berkata, dalam tempoh enam hingga 12 bulan, syarikat-syarikat terbabit melaporkan perubahan ketara daripada segi perancangan kos operasi yang lebih tersusun, aliran tunai lebih lancar, rantaian bekalan lebih stabil malah kepercayaan serta kredibiliti dengan pembekal dan rakan kewangan turut meningkat.

Pengarah Urusan Tonasco, Lin Sheau Wei berkata, pihaknya percaya untuk terus kekal relevan adalah dengan pelaburan dalam mesin bernilai tinggi dan pendekatan kilang pintar.

Jusrteru, beliau yang telah menceburi perniagaan pembuatan pintar dan pemesinan tepat lebih 20 tahun itu berkata, kelajuan dan ketepatan penghasilkan produk bukan lagi kelebihan tetapi menjadi keperluan asas.

“Pembiayaan melalui skim jaminan kerajaan yang diuruskan SJPP membantu syarikat memperkukuh pelaburan dalam mesin berteknologi tinggi serta mempercepatkan hala tuju ke arah pembangunan kilang pintar.

“Hasilnya, syarikat dapat mempertingkatkan daya saing dan membina keupayaan baharu selari agenda penaiktarafan yang dirancang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

(Web Source: https://www.edisi9.com.my/2026/03/skim-sjpp-tiga-pks-perkukuh-operasi-teroka-pasaran-baharu/)