Utusan Malaysia
22 April 2026
Tambahan RM5 bilion untuk PMKS melalui BNM
ANWAR Ibrahim berbual bersama Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (dua dari kiri) selepas meja bulat bersama ketua pegawai eksekutif bank-bank Malaysia di Sasana Kijang, Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Kemudahan Khas berjumlah RM5 bilion di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan mengharungi tekanan kos, susulan krisis tenaga global. Kemudahan itu melengkapi tambahan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan sebelum ini khusus untuk menyokong PMKS terjejas. Kelmarin, kerajaan mengumumkan peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah SJPP bersama beberapa langkah segera bagi…
(Web source: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/04/tambahan-rm5-bilion-untuk-pmks-melalui-bnm/)

